Saturday, July 19, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Didakwa Korbankan Arwah Siti Sarah Demi Ajaran Freemason, Tak sampai 24 Jam Shuib Dapat Kesan Penyebar Fitnah

by Puteri Alia
July 3, 2023
51
KONGSIAN
Share on Facebook

“Eh, dosa fitnah lagi besar daripada bunuh, tau!”

Kerap kali kita mendengar kata-kata seumpama itu sama ada dalam bentuk gurauan sesama rakan atau ketika ingin mematikan hujah lawan. Ia diambil daripada sepotong ayat yang terkandung di dalam Al-Quran.

Islam menegah perbuatan fitnah ini bagi menjaga keharmonian masyarakat khususnya sesama Islam. Nabi SAW mengecam perbuatan fitnah ini sekeras-kerasnya sebagaimana sabda Baginda yang bermaksud:  “Tidak masuk syurga orang yang menyebarkan fitnah (mengadu domba).” (Hadis Riwayat al-Bukhari).

Ketahuilah dosa menfitnah itu sangat besar!

Berbahas soal ini, tidak sampai 24 jam, Shuib mendedahkan telah mengesan dan bakal bersemuka dengan individu yang menabur fitnah mengaitkan kematian isterinya, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin dengan organisasi Freemason, esok.

Katanya, segala perincian berkenaan perjumpaan yang turut disertai peguamnya serta tindakan susulan hanya dapat didedahkan selepas itu.

“Ya, saya sudah dapat mengesan serta bercakap dengan lelaki terbabit dan kami akan bersemuka esok.

“Buat masa ini itu sahaja yang dapat saya kongsikan. Tunggu esok,” katanya.

Awal pagi tadi pelakon, pelawak dan penyampai radio berusia 39 tahun itu berang dengan tuduhan melampau seorang individu di laman sosial.

Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhammad menegaskan mahu mencari individu terbabit sampai ke lubang cacing demi mendapatkan keadilan.

Malah dia memaklumkan akan menggunakan saluran undang-undang terhadap penfitnah yang menuduh Siti Sarah dipaksa untuk ditidurkan ketika dijangkiti Covid-19.

Dalam tulisan itu, individu tersebut turut mendakwa Freemason menggunakan artis untuk mempromosikan vaksin, selain menyatakan Shuib tidak boleh mengingkari arahan walaupun terpaksa mengorbankan keluarga sendiri.

Petang tadi bapa kepada empat cahaya mata itu turut mendedahkan satu lagi akaun yang turut menyebarkan tuduhan serupa kononnya pemergian arwah mempunyai kaitan dengan organisasi tersebut.

[VIDEO] Cara Shuib Bagi Duit Raya Raih Perhatian Ramai!-"Hafal Surah Al-Waqiah"

Terdahulu, Shuib mendirikan rumah tangga dengan Allahyarham Siti Sarah pada 2011, namun penyanyi itu menghembuskan nafas terakhir akibat jangkitan Covid-19 pada 9 Ogos 2021.

Pada 23 Jun lalu, Shuib menamatkan zaman duda sebaik menikahi ahli perniagaan, Watie Hanifiah, 35

freemasonshuibsiti sarahWatie
https://lomp.at/8eche
Share20Tweet13SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

Meerqeen Nafi Bercinta dengan Qasrina Karim, Hanya Rakam Satu Video Tapi Tetap Dituduh Bercinta

by Puteri Alia
July 18, 2025

Sering menjadi tumpuan apabila digandingkan dengan pelakon wanita, Meerqeen sekali lagi terpalit dengan dakwaan cinta lokasi selepas membintangi drama terbaru...

Read more
Lokal

Bukan Lagi Konten Lawak – Netizen Nampak Jelas Wajah Ammar ‘Minta Tolong’ dalam Live Aliff Syukri

“Abah tolong berhenti, abah ‘cut’ sikit sahaja.” Rayuan ringkas namun penuh rasa tertekan itu diluahkan oleh Ammar Ahyan, anak sulung...

Read more
by Puteri Alia
July 18, 2025
Lokal

Polis Akui Amy Search Mungkin Dipanggil Semula dalam Kes Serangan terhadap Shila Amzah

Polis tidak menolak kemungkinan akan memanggil semula penyanyi rock legenda, Amy Search bagi membantu siasatan kes yang dikaitkan dengan dakwaan...

Read more
by Puteri Alia
July 18, 2025
Lokal

Anita Sarawak Pilih Hilang Tanpa Jejak, Noor Kumalasari Dedah Anita Enggan Lagi Hidup Popular

Pernah tenggelam dalam kemurungan akibat dikecam hebat suatu ketika dahulu, pelakon dan penyanyi legenda Noor Kumalasari mendedahkan kakaknya yang juga...

Read more
by Puteri Alia
July 18, 2025
Lokal

[VIDEO] “Asyik Ingat U Jerr”- Bella Astillah Tewaskan Syed Saddiq?

Sebuah video di TikTok baru-baru ini berjaya buat netizen tersenyum sampai sakit pipi. Bila dua figura terkenal, Syed Saddiq dan...

Read more
by Phic ARMAN
July 18, 2025
Foto - @solartimemy (IG)
Lokal

[VIDEO] Gelagat Individu Rakam Nyanyian Bella Astillah Buat Ramai Terhibur- “Excited Macam Bella Tunjuk Dia”

Nama penyanyi Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq, sekali lagi menjadi perbualan ramai. Kali ini disebabkan oleh kemesraan...

Read more
by Soph Azz
July 18, 2025
Foto - @syafiqdharma (IG)
Lokal

“Boleh Sewa Badan Awak Untuk 1k?”- Syafiq Dharma Berdepan Gangguan Seksual

Kalau kamu nak tahu, kini bukan hanya golongan wanita dan kanak-kanak sahaja, tetapi golongan lelaki juga ada yang menjadi mangsa...

Read more
by Soph Azz
July 18, 2025
Lokal

[VIDEO] Ammar Ahyan Kongsi Momen Makan Malam Di Rumah Cik B, Cetus Pelbagai Reaksi Netizen!

Sebelum ini nama anak sulung usahawan kontroversi Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Ammar Ahyan mencetuskan rasa terhibur netizen selepas disakat...

Read more
by Naddy Joe
July 18, 2025
Lokal

Fizz Fairuz Tinggalkan Suria FM, Cetus Rasa Sebak Netizen!

Pelakon dan penyampai radio, Datuk Fizz Fairuz membuat pengumuman mengejutkan peminat bahawa dia bakal mengundurkan diri sebagai penyampai radio di...

Read more
by Naddy Joe
July 18, 2025
Lokal

Ibu Aliff Aziz Beri Respon Selepas Digesa Netizen Untuk Saman Penyebar Fitnah!

Ibu kepada aktor dan penyanyi, Aliff Aziz iaitu Siti Hafiza Basharahil atau lebih dikenali sebagai Fiza Aziz sebelum ini tampil...

Read more
by Naddy Joe
July 18, 2025
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Nak Pikat Anak, Kena Pikat Menantu Dulu” – Che Ta Akui Belajar Lembutkan Hati Bakal Menantu Daripada Bekas Ibu Mentua

  2. 2

    [GAMBAR] Sultan Pahang & Tunku Azizah Hadiri Graduasi Tengku Jihan Di UK!

  3. 3

    Ammar Ahyyan Dedah Tak Terima Gaji, Tapi Boleh Guna Kad Kredit Aliff Syukri Tanpa Had!

  4. 4

    Rahsia Terbongkar! Shopee 7.7 Buat Ramai Senyum Sampai Telinga, Siapa Cepat Dia Dapat

  5. 5

    Layan Lebih 400 Drama & Main Game Dalam Satu Apps? Ya, Dengan Tune Talk, Bukan Untuk Semak Baki Jer…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem