Saturday, July 5, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Kasihan Lihat Anak Sulung Main Tanpa Teman, Fazura Dan Fattah Mahu Timang Bayi Dalam Masa Terdekat

by Puteri Alia
July 5, 2023
101
KONGSIAN
Share on Facebook

Pelakon Fazura tidak menolak andai dikurniakan rezeki menimang cahaya mata kedua dalam tempoh terdekat.

Akui pemilik nama penuh Nur Fazura Sharifuddin itu, dia dan suaminya, Fattah Amin kasihan melihat anak sulung mereka, Nur Fatima Aisya keseorangan tanpa teman bermain.

“Sebenarnya soalan tentang zuriat ini agak peribadi buat saya tetapi rezeki Allah itu saya tidak akan tolak kerana saya memang sudah bersedia menimang cahaya mata kedua.

“Tambah pula sekarang saya sedang menjalani penggambaran filem yang tidak boleh saya cerita dengan lebih lanjut. Insya-Allah bulan Ogos ini saya akan buat ‘comeback’ dengan drama bersiri.

“Ada rezeki kami terima, cuma apabila melihat Nur Fatima Aisya tiada kawan bermain, mungkin sudah tiba masa dia punya adik,” katanya.

Sehubungan itu, aktres merangkap usahawan yang sudah mencecah usia 40 tahun itu meminta orang ramai mendoakan yang baik-baik untuk mereka berdua.

“Saya lihat Fatima pun kasihan dia seorang diri sekarang. Dia kalau dekat rumah ada sahaja cakap nak pergi rumah sepupu sebab nak berkawan.

“Saya dan Fattah memang bersedia pada bila-bila masa. Doakan kami tapi kalau nak cakap kami merancang atau tidak, saya tidak boleh beri komen,” ujarnya.

Fazura mendirikan rumah tangga dengan Fattah pada 27 November 2017 dan mereka dikurniakan Nur Fatima Aisya yang kini berusia tiga tahun

What’s your Reaction?
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
Tak Mahu Kongsi Lebih, Amira Othman Nafi Bakal Bernikah Dengan Fattah Amin
fattah aminfazura
https://lomp.at/gkps0
Share40Tweet25SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem