Friday, July 4, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Asia

Sebak Lihat Kegigihan Aksi Ngeri Yang Dilakonkan Demi Menempa Nama, Jackie Chan Menangis Terharu

by Puteri Alia
July 5, 2023
41
KONGSIAN
Share on Facebook

Siapa tak kenal dengan pelakon legenda terkenal iaitu Jackie Chan yang sering muncul dalam filem aksi bertaraf antarabangsa.

Sejak memulakan kerjayanya pada tahun 1960-an, sudah lebih 150 filem yang dibintangi oleh Jackie dan boleh dikatakan hampir kesemuanya akan mendapat sambutan hangat dari para peminatnya.

Bagaimanapun, baru-baru ini tular sebuah video meruntun jiwa pelakon legenda Hong Kong, Jackie Chan menangis teresak-esak bersama seorang remaja perempuan didakwa anaknya tular dalam laman sosial terutama, Twitter.

Menerusi video berkenaan, Jackie menonton semula babak-babak aksi ngeri atau stunt yang pernah dijayakan ketika awal kemunculan dalam dunia lakonan.

Melihat aksi pilu pemilik nama sebenar Chan Song Kang, 69, dengan air bercucuran dalam video berkenaan, ramai peminat membuat andaian bahawa remaja terbabit adalah darah dagingnya sendiri yang sudah lama terpisah.

“Adakah ketika menjayakan babak itu, anda berada dalam kesakitan?,” soal remaja berkenaan.

“Papa, you’re awesome (anda memang hebat),” puji remaja itu sebelum membuatkan air mata Chan terus berderaian dan mereka sama-sama berpelukan saling tak tumpah seperti anak-beranak.

Rupa-rupanya, remaja itu bukanlah darah daging Chan dan babak yang tular dalam Twitter sekadar adegan dalam sebuah filem.

Untuk pengetahuan anda, hubungan Jackie Chan dan anak perempuannya tidaklah seperti yang dilihat di dalam klip video dalam filem Ride On itu.

Ini kerana Jackie Chan telah menafikan status Etta Ng Chok Lam sebagai anak perempuannya pada tahun 2017 selepas gadis berusia 23 tahun itu mengambil keputusan untuk tergolong dalam kalangan LGBT.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
Jackie Chan Dedah Identiti Ayahnya Seorang Perisik Kerajaan China, Ibu Pula Terlibat Candu
jackie chan
https://lomp.at/9gr34
Share16Tweet10SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  2. 2

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  3. 3

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem