Tuesday, July 1, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Sedaya Upaya Mengutamakan Solat Di Awal Waktu, Alif Satar Yakin Tuhan Akan Memudahkan Segala Urusan

by Puteri Alia
July 6, 2023
21
KONGSIAN
Share on Facebook

Seringkali kita mengeluh dan berasa sedih kenapa Allah selalu menangguhkan permintaan kita.

Pernahkah kita terfikir tanggungjawab kita sebagai hamba-Nya?

Kita sering saja menangguhkan segala suruhan Allah. Allah tidak menciptakan manusia dengan sia-sia. Kita wajib mentaati dan patuh segala suruhan-Nya.

Antara tujuan dan tanggungjawab kita sebagai hamba adalah untuk mengabdikan diri kepada Allah, menunaikan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang serta memakmurkan bumi Allah berdasarkan syariatNya.

Salah satu kewajipan kita terhadap Allah SWT adalah dengan menunaikan solat pada awal waktu.

Berbahas soal itu, baru-baru ini penyanyi, pelakon dan pengacara, Alif Satar mendedahkan sebenarnya tidak mudah bersiap di awal pagi untuk ke sebuah acara kemudian berkejar ke program lain.

Tidak lupa juga jika terlibat dengan penggambaran berjam-jam lamanya. Sesibuk apapun, bagi Alif solat adalah kunci kekuatan sehariannya.

“Saya tidak mahu kedengaran seperti ustaz, tapi saya sedaya upaya akan mengutamakan solat. Saya perasan jika kita solat di awal waktu, Allah akan mudahkan.

“Kita jagalah solat. Mungkin kalau tak solat kita akan rasa penat. Mungkin kalau tak solat kita rasa makin tak cukup masa.

“Saya tak sempurna, Allah tutup aib agar orang tak nampak keburukan saya,” katanya.

Selain itu, pemenang tempat ketiga Anugerah Juara Lagu Ke-37 ini sudah membangun prinsip, ada etika yang tidak boleh diruntuhkannya atas nama kerjaya dan populariti.

“Saya tak akan buat apa-apa yang melanggar prinsip saya. Contohnya lakonan, ada batas dan sensitiviti yang kita kena jaga.

“Walaupun ada yang mahu sekadar bekerja tanpa dilihat oleh masyarakat. Tapi ketahuilah menjadi seorang figura tetap akan diperhatikan.

“Ingatlah ada kanak-kanak di luar sana yang sedang memandang kita sebagai contoh. Oleh itu, kita kena tunjukkan tauladan yang baik,” katanya.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
[VIDEO] Gelagat Isteri Alif Satar Tunjuk Wajah Suaminya Menghiasi Banyak Billboard, Memikat Tumpuan Warganet!
Alif Satar
https://lomp.at/p0npn
Share8Tweet5SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem