Wednesday, July 9, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Cukup Ada Darah Campuran Korea Mengalir, Maryam Tetap Mahu Besarkan Anak Ikut Budaya Melayu

by Puteri Alia
July 7, 2023
36
KONGSIAN
Share on Facebook

Membesarkan anak di bumi asing yang jauh dengan adat dan budaya yang dijunjung bukan mudah.

Tambahan lagi di negara yang tidak menjadi tanah tumpahnya darah kerana sudah semestinya faktor agama dan cara hidup yang ketara berbeza menyukarkan keadaan.

Namun, disebabkan perkahwinan campur yang dijalani, pastinya semua proses sukar menjadi satu fasa pembelajaran dalam mengenal budaya dan adat melayu yang sebenar-benarnya.

Sebagai contoh, baru-baru ini pempengaruh yang juga pelakon, Maryam Youranae, berhasrat membesarkan anaknya Rina yang kini berusia 2tahun sebagai anak Melayu sejati meskipun dia sendiri berdarah Korea asli.

Maryam yang berkahwin dengan pempengaruh Ryzal Ibrahim atau nama sebenarnya Nik Muhammad Ryzal Nik Ibrahim, berkata dia cuma mahu anaknya tahu sedikit pasal budaya negara asalnya.

“Saya nak dia membesar sebagai Melayu sebab dia lahir di Malaysia dan dia memang orang sinilah. Kalau budaya Korea, sekurang-kurangnya dia tahulah.

“Tahu pasal sedikit sejarah, cukuplah. Tapi saya memang nak dia lebih menjadi Melayu,” katanya.

Bagaimanapun, Maryam tetap mendedahkan Rina dengan bahasa Korea bahkan selesa bertutur bahasa itu dalam berkomunikasi lebih efektif kepada anaknya.

“Saya cakap Melayu dan Korea juga dengan dia. Tapi kebanyakan masa saya akan cakap Korea sebab bila cakap bahasa ibunda sendiri, saya dapat ekspresikan sayang itu dengan lebih lagi.

“Kalau cakap Inggeris atau bahasa Melayu, rasa tak sampai sangat,” katanya.

Dalam pada itu, Maryam yang bakal tampil membintangi filem sulungnya berjudul Mat Tudung Begins tidak ambil hati bila ada pihak mendakwa Ryzal mempergunakan dia demi mengaut keuntungan.

“Tak apa. Ramai orang cakap Ryzal gunakan saya. Tapi saya cuma penjual roti sebelum ini dan bila jumpa Ryzal, dia yang mengajar saya buat ‘content’.

“Saya yang selalu minta Ryzal bawa saya ke Malaysia. Bawa saya keluar dari kesusahan hidup saya (di Korea) dan dia buat. Jadi, saya pun gunakan dia juga.

“Sudah memang jodoh kami, jadi kami saling melengkapi sesama sendiri. Kami jadi popular pun sebab rezeki dan ada bakat. Janganlah fikir saya dipergunakan suami,” katanya.

"Kulit Coklat Pun Cantik!"-Ryzal Ibrahim Tegur Anak Elak 'Racist', Netizen Puji Cara Didikan
MaryamRyzal Ibrahim Maryam
https://lomp.at/8x4vw
Share14Tweet9SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  4. 4

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem