Friday, July 4, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Bisnes

Rupanya Dah 50 Tahun Usia Kao Di Malaysia, Jom Tengok Apa Inisiatif Menarik Kao Kepada Pelanggan

by Phic ARMAN
July 8, 2023
11
KONGSIAN
Share on Facebook

Sempena sambutan ulang tahun Kao Corporation yang ke-50 di Malaysia, Kao telah mengesahkan komitmennya kepada rakyat Malaysia dengan pelbagai inisiatif menarik untuk mendekatkan Pelan Gaya Hidup Kirei kepada pelanggannya. Kesemua inisiatif ini akan bermula menerusi Kempen ‘Together for Tomorrow’ di IPC dari 4 hingga 9 Julai.

“Dalam menghadapi cabaran global seperti perubahan iklim, masyarakat yang semakin uzur, kekurangan sumber dan pengurusan bahan seperti plastik, pengguna di seluruh dunia – termasuk di Malaysia – telah menunjukkan keinginan untuk menikmati gaya hidup yang lebih lestari lagi mampan. Di Kao, kami namakan keinginan ini sebagai Kao Kirei Lifestyle, yang merupakan akar umbi strategi ESG kami,” kata Encik Toru Nishiguchi, Pengarah, Presiden Pegawai Eksekutif Urusan Kanan, Produk Pengguna Global Kao Corporation.

“Melalui inovasi dan imaginasi yang berterusan, kami komited membantu pengguna di Malaysia dan di seluruh dunia untuk menikmati kehidupan yang lengkap dengan keindahan dalaman dan luaran.”

Keindahan Kehidupan Menyeluruh

Etos perniagaan Kao telah kian lama berpandukan falsafah korporatnya—The Kao Way—yang merangkumi prinsip seperti ‘Kami bertindak dengan berani.’

Pelan Kirei Lifestyle menyegarkan falsafah ini menghadapi cabaran masa depan dan peranan yang perlu dimainkan oleh Kao Corporation untuk pelanggan, komuniti dan dunia secara keseluruhannya. Daripada memperkenalkan inovasi produk sehinggalah kepada impak alam sekitar syarikat dan produknya, matlamat ini disokong dengan inisiatif selaras dengan pelbagai matlamat kemampanan seperti penyahkarbonan, mencapai sisa sifar, memulihara air dan mencegah pencemaran udara dan air.

Setakat ini, Kao berjaya mengekalkan pengiktirafannya sebagai salah satu Syarikat Paling Beretika di Dunia (dan satu-satunya syarikat Asia yang disenaraikan setiap tahun) selama 17 tahun berturut-turut oleh Institut Ethisphere, sebuah badan pemikir terkemuka AS. Lebih-lebih lagi, visi Kirei Lifestyle KAO turut menangani keperluan kesihatan awam serta keperluan social yang pelbagai.

Inisiatif kesihatan awam baru-baru ini melibatkan pelancaran Bioré Guard Mos Block Serum di Thailand bersama projek #Guard Our Future, suatu kempen yang menggabungkan aktiviti kesedaran demam denggi dengan kajian lapangan dan penyelidikan untuk menyokong komitmen syarikat kepada prinsip ‘Melindungi Kehidupan Masa Depan’. Dengan melindungi kulit orang ramai, Kao berhasrat menyelamatkan nyawa dan memberi sumbangan positif kepada komuniti yang paling berisiko terhadap penyakit bawaan nyamuk. #Guard Our Future dijangka berkembang di kebanyakan bahagian Asia Tenggara termasuk Malaysia dalam masa yang terdekat.

Menyambut 50 Tahun Menjaga Rakyat Malaysia

Di ketika Kao Malaysia meraikan ulang tahun ke-50, ia telah merancang pelbagai aktiviti menarik yang direka khusus untuk mendekatkan pelan ‘Kirei Lifestyle’nya kepada pengguna.

“Kami teruja untuk memulakan sambutan ulang tahun ke-50 kami dengan kempen Together for Tomorrow di IPC dari 4 hingga 9 Julai. Kempen ini bukan sahaja menampakkan segala-galanya yang diwakili Gaya Hidup Kirei tetapi juga akan berfungsi sebagai sumber pendidikan dan juga suatu jemputan kepada pelanggan Kao untuk menyertai kami dalam perjalanan mengindahkan kehidupan secara menyeluruh,” kata Encik Nishimaki Akira, Presiden of Kao Malaysia.

Selain kempen tersebut, Kao Malaysia juga akan bekerjasama dengan beberapa NGO termasuk Biji-Biji Initiative dan Impactlution, selaras dengan komitmennya untuk mencapai Kirei Lifestyle. Kerjasama ini termasuk aktiviti pembersihan bandar yang telah berlangsung dengan julung kalinya pada 9 hb Jun. Aktiviti ini melibatkan pembabitan 110 pekerja Kao Malaysia yang berjaya mengumpul sebanyak 275kg sampah sarap dari jalanan Kuala Lumpur.

Untuk maklumat lanjut tentang Pelan Kirei Lifestyle Kao, sila layari: www.kao.com/global/en/sustainability/klp/

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Kao
https://lomp.at/evudg
Share4Tweet3SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  2. 2

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  3. 3

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem