Friday, July 4, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

[VIDEO] Armin Kongsi Detik Pahamin Rajab Ditemui Pengsan Dalam Pesawat-“Masa Sudah Tiba..”

by Naddy Joe
July 11, 2023
203
KONGSIAN
Share on Facebook

Baru-baru Malaysia telah dikejutkan dengan khabar duka Bekas Pengerusi AirAsia Berhad, Datuk Pahamin Rajab yang telah meninggal dunia akibat serangan jantung ketika dalam penerbangan ke London, United Kingdom (UK), 9 Julai lalu.

Terbaharu, abang ipar kepada pelakon, Azhar Sulaiman iaitu Armin Baniaz menerusi video di TikTok menceritakan bahawa bapanya baru pulang ke tanah air dari menunaikan ibadah Haji di Tanah Suci Mekah pada 7 Julai sebelum bertolak ke London pada pagi keesokan harinya.

“Saya pasti semua dah dengar berita yang saya sekeluarga kehilangan ayahanda kami, Pahamin Abdul Rajab. Beliau meninggal dunia di dalam penerbangan ke London. Ayah balik daripada Haji pada hari Jumaat.

Kami sekeluarga sempat untuk makan malam bersama dia. Pada pagi keesokan hari itu, Sabtu 6.00 pagi dia bertolak ke London.”-kongsi Armin

Pengsan Di Dalam Tandas

Tambahnya lagi, Armin menceritakan bahawa bapanya ditemui dalam keadaan pengsan di dalam tandas sewaktu penerbangan sebelum pihak kru kabin serta doktor memberikan bantuan kecemasan.

“Dalam perjalanan ke London, dalam penerbangan, dia pengsan dalam tandas, dan cabin crew serta doktor dalam penerbangan tu cuba untuk resuscitate dia. Mereka cuba lebih daripada sejam.

Dan pilot telah mendapat keutamaan untuk mendarat di Heathrow Airport awal. Dan paramedik pun dah tunggu. Tetapi, masa sudah tiba. Kami sekeluarga telah berbincang dan kami putuskan untuk menyemadikan jasad Allahyarham di London. Jadi kami sekeluarga akan berlepas ke London untuk mengurus urusan mandi dan juga pengebumian ayah saya.

@arminbaniaz

Innalillah hiwa’inna ilaihiraji’un i love you always #dad

♬ Wind Beneath My Wings (2015 Remaster) – Bette Midler

Dalam pada itu, Azhar Sulaiman turut memaklumkan bahawa jenazah Allahyarham bapa mertuanya itu akan dimandikan pada pagi esok serta pengebumian dijangka dilaksanakan selepas solat Zohor di Gardens Of Peace, Five Oaks Lane, Chigwell IG7 4QP, London.

https://www.instagram.com/p/Cuih1kABiO3/

Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham..

What’s your Reaction?
+1
1
+1
1
+1
0
+1
0
+1
4
+1
6
"Pihak Penyiar, Editor Yang Sepatutnya Tapis Konten"- Azhar Sulaiman "Backup" Nabil Dan Pak Azad
azhar sulaimanpahamin rajab
https://lomp.at/ks11e
Share81Tweet51SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  2. 2

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  3. 3

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem