Monday, July 7, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Dulu Pernah Dicop Sebagai Penyondol, Sophia AlBarakbah Berang Namanya Dipetik Goda Suami Orang Lagi

by Puteri Alia
July 11, 2023
47
KONGSIAN
Share on Facebook

Haram hukumnya sekiranya seseorang itu dengan sengaja mengganggu dan merosakkan rumah tangga orang supaya pasangan suami isteri tersebut bercerai.

Keruntuhan rumah tangga sering dikaitkan dengan orang ketiga. Ianya berdosa bagi mana mana pihak yang menyebabkan satu rumah tangga bercerai dan hancurnya rumah tangga adalah kerana iman yang lemah.

Berbahas soal ini, baru-baru ini pelakon sensasi Sophia AlBarakbah berang apabila namanya tiba-tiba dikaitkan dengan gosip suami selebriti popular digoda seorang artis wanita.

Katanya, dia perlu bersuara bagi menghentikan tohmahan melampau, apatah lagi individu dimaksudkan dalam cerita tersebut bukan dirinya.

“Saya tak selalu buat luahan di media sosial, tetapi ada sesuatu harus disuarakan terutama kepada pihak yang kaitkan diri saya dengan hal rumah tangga pasangan selebriti terkenal.

“Tolonglah bukan saya yang dimaksudkan. Cukup-cukuplah salahkan saya. Saya tidak mahu dengar sebarang khabar angin yang melibatkan diri saya. Jelas bukan saya! Terima kasih,” katanya menerusi Insta Story.

Pelakon berusia 30 tahun itu menerusi aplikasi sama turut memuat naik semula kata-kata penceramah bebas, Alif Teega seakan-akan meluahkan perasaan berhubung tohmahan terbaharu yang menjatuhkan namanya.

“Ada benda kita boleh tahan, ada benda kita boleh diam, ada benda kita boleh buat tak layan. Tapi bila dah berlebihan kita kena cuba kawan,” tulis paparan berkenaan.

Perkongsian bintang filem Mimaland itu meraih pelbagai komen positif netizen yang memintanya tidak melayan gosip liar sebegitu.

Malah segelintir netizen turut menyebut nama Fazura dalam ruangan komen yang menandakan gosip berkenaan berkaitan aktres itu dan suaminya, Fattah Amin.

Baru-baru ini, Fazura mendedahkan suaminya hampir cuba ‘disondol’ seorang pelakon wanita ketika di sebuah set penggambaran tanpa menyebutkan drama atau filem.

"Keluarga Dah Sayang"-Sophia Albarakbah Bakal Kahwin Jejaka Dikenali Sejak Usia 14 Tahun!

Malah ketika majlis tayangan perdana, wanita sama dikatakan cuba mendekati Fattah disaksikan keluarga pelakon tersebut.

Begitupun, dalam temu bual di sebuah program hiburan, dia bersyukur dikurniakan suami yang setia dan tidak melayan godaan wanita lain.

Terdahulu, nama Sophia terpalit kontroversi cinta lokasi bersama Aliff Aziz sehinggalah perkara tersebut didedahkan oleh Bella Astillah

What’s your Reaction?
+1
1
+1
0
+1
2
+1
2
+1
3
+1
1
Sophia AlBarakbah
https://lomp.at/h3ezw
Share19Tweet12SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  4. 4

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  5. 5

    [VIDEO] Gara-Gara Anak Solat Di Ruang Tamu, Rumah Maia Estianty Dikritik Ramai

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem