Wednesday, July 2, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Bisnes

KidZania Kuala Lumpur Merevolusikan Pembelajaran Imersif dengan Tiga Rakan Kerjasama Baharu

by Aphit J.
July 15, 2023
19
KONGSIAN
Share on Facebook

KidZania Kuala Lumpur, kemudahan didik hibur untuk kanak-kanak yang terulung di Malaysia, teruja untuk mengumumkan penambahan tiga rakan kerjasama yang baharu.

Tiga Kerjasama Baharu

via KidZania

Tiga rakan kerjasama tersebut adalah Pandamart, Restoran Teishoku Jepun YAYOI dan Jac & Ivy.

Kerjasama ini akan menarik minda muda dan memperkenalkan pelbagai kerjaya, serta memupuk rasa ingin tahu dalam persekitaran yang menarik.

Kemasukan rakan kerjasama baharu ini akan memperkenalkan peluang baharu untuk kanak-kanak menerokai kerjaya yang berbeza dalam setiap lawatan, seterusnya memberikan pengalaman yang menarik.

Pelbagai Bidang Berbeza

Pandamart menawarkan kanak-kanak satu peluang bagi melibatkan diri dalam dunia e-dagang yang menarik.

Restoran Teishoku Jepun YAYOI pula memberikan pengalaman dwi-peranan yang unik untuk kanak-kanak. Mereka boleh menjadi cef sushi untuk mengasah kemahiran dan kreativiti memasak, atau menjadi pelanggan untuk mencuba pelbagai cita rasa yang berbeza.

Jac & Ivy, perintis Kidz Spa yang pertama di Malaysia, membawa pengalaman yang menarik ke KidZania dengan memberikan peluang yang luar biasa untuk menceburi diri dalam dunia penjagaan diri dan dandanan.

Membawa Sesuatu Yang Unik

via KidZania

Dengan pelbagai peluang pekerjaan dan aktiviti yang menunggu untuk diterokai, kanak-kanak berpeluang untuk belajar, bermain, meningkatkan kemahiran, dan menyemarakkan imaginasi mereka.

Rakan kerjasama baharu ini membawa sesuatu yang unik kepada KidZania, memastikan minda kanak-kanak sentiasa dirangsang dan terlibat dengan aktiviti yang disediakan sepanjang lawatan mereka.

Menyediakan Peluang

via KidZania

KidZania Kuala Lumpur kekal menjadi destinasi didik hibur dinamik dan memperkayakan dalam menyediakan peluang kepada  kanak-kanak untuk belajar, berkembang dan meneroka dalam persekitaran yang selamat dan mengasyikkan.

Dengan kemasukan Pandamart, Restoran Teishoku Jepun Yayoi, dan Jac & Ivy, KidZania Kuala Lumpur mengukuhkan komitmennya untuk memberi inspirasi kepada minda muda dan membentuk pemimpin masa depan.

Untuk maklumat lanjut tentang KidZania Kuala Lumpur dan rakan kerjasamanya, sila layari https://www.kidzania.com.my/.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
2
+1
6
Kidzania
https://lomp.at/5khpe
Share8Tweet5SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem