Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

‘Datanglah Dengan Jiwa Seorang ‘Rocker’’- Judika Tunai Hasrat Peminat Buat Konsert di Malaysia

by Phic ARMAN
July 19, 2023
Share on Facebook

Judika Nalom Abadi Sihotang  bakal bertandang ke Malaysia pada 21 Oktober 2023, jam 8:00 malam, di Axiata Arena, Bukit Jalil bagi menjayakan konsert ‘ROCKMANTIC NIGHT JUDIKA & THE GANG’. Ia menampilkan penyanyi tempatan seperti Haqiem Rusli, Marsha Milan dan juga Shila Amzah.

Konsert ini dibawakan khas oleh jenama kosmetik unggul, Alha Alfa dengan kerjasama Kharisma Music International dan Dua Anak Deo (DAD) Management.

Judika ketika ditemui di sidang media di Pavillion Kuala Lumpur berkata, dia mahu membuat konsert di Malaysia kerana mendapat permintaan yang tinggi dari peminat di sini.

“Saya memilih untuk mengadakan konsert di Malaysia kerana ramai peminat yang bertanya di media sosial bila agaknya saya akan datang lagi untuk menghiburkan mereka semua setelah sekian lamanya,” kata Judika yang bakal melancarkan album baharu tidak lama lagi.

Dari segi temanya, ‘Rockmantic’ yang merupakan gabungan perkataan ‘rock’ dan ‘romantic’ terinspirasi dari karakter Judika sendiri yang memiliki jiwa rock, namun di satu sisi yang lain pula, Judika merupakan seorang yang penyayang yang cintakan keluarganya, pasangannya dan sering menghasilkan karya-karya yang romantis.

Dianggarkan sekitar lebih dari 15 buah lagu yang bakal dipersembahkan pada malam konsert itu nanti yang berdurasi kurang lebih 2 jam turut diserikan dengan iringan orkestra di bawah pimpinan pengarah muzik tersohor Indonesia, Tohpati.

“17 Tahun Kenal Amy Search, Beliau Bukan Begini” – Shila Amzah Nafi Nabila Huda Punca, Minta Cari ‘Tangan Ghaib’ Cetus Provokasi

En. Ahmad Jeffny, Ketua Pengarah Eksekutif & Pengasas Kharisma Music turut berkongsi,

“Pada malam konsert itu, 3 artis popular Malaysia turut membuat persembahan, masing-masing akan menyanyikan 3 buah lagu. Di sini saya ingin mengucapkan ucapan ribuan terima kasih buat rakan penganjur seperti Alha Alfa, Pavilion Kuala Lumpur dan Pavilion Bukit Jalil, rakan hotel rasmi, Le Meridien Petaling Jaya, dan rakan radio rasmi, ERA.

Apa yang pasti, konsert ROCKMANTIC NIGHT JUDIKA & THE GANG nanti ada beberapa kejutan istimewa dan peminat Judika harus segera mendapatkan tiket-tiket di www.ticket2u.com.my/judika.

Bermula hari ini, Tiket-tiket jualan berharga RM188 (Silver), RM248 (Rockzone Standing), RM299 (Gold), RM348 (VIP Rockzone Standing), RM388 (Platinum) dan RM799 (VIP).

Pesan Judika, “Saya ingin semua peminat yang akan hadir ke konsert saya nanti bukan hanya dapat melihat dan mendengar, tetapi juga dapat merasakan dan tidak akan melupakan. Datanglah dengan jiwa seorang ‘rocker’ yang berani dan penuh semangat tetapi jangan lupa memiliki hati yang penuh cinta kerana dengan cinta membuat kita rasa bersemangat.

“Semoga konsert ROCKMANTIC NIGHT JUDIKA & THE GANG ini menjadi salah salah satu pengalaman yang tidak akan anda dilupakan, ‘it’s a night to remember’. Jumpa anda di sana!

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
judikashila amzah
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  2. 2

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  3. 3

    Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

  4. 4

    Lama Tersimpan Dalam Laci, Tapi Bila Dibuka… Keadaan Telefon Ini Buat Ramai Terkejut!

  5. 5

    Gambar Pernikahan Anak Perempuan Ku Nan, Nadira Dengan Anak Menteri Indonesia

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara