Thursday, July 10, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Hollywood

Penerbit Muzik Pharrell Williams Sedang ‘Merisik’ Cakra Khan?

by Phic ARMAN
July 21, 2023
35
KONGSIAN
Share on Facebook

Kejayaan penyanyi Cakra Khan di uji bakat America’s Got Talent atau AGT 2023 menjadi bualan ramai orang. Cakra berjaya menarik perhatian empat juri dan penonton selepas membawakan lagu No Woman No Cry yang dipopularkan oleh Bob Marley.

Penyanyi berusia 31 tahun itu mendapat pujian daripada juri sehingga namanya berjaya melepasi uji bakat AGT 2023.  Kemudian rakaman persembahan Cakra Khan itu telah dimuat naik di saluran YouTube America’s Got Talent pada hari Rabu (19/7).

YouTube video

Dalam video itu, Cakra Khan, yang kelihatan memakai jaket coklat, membuat persembahan membawa lagu dari Ed Sheeran berjudul Make It Rain. Namun, Simon Cowell tiba-tiba menyuruhnya berhenti dan menukar lagu. Cakra Khan akhirnya memilih untuk membawakan lagu No Woman, No Cry.

Nyanyian itu berjaya menarik perhatian keempat-empat hakim dan mereka memberikan tepukan gemuruh. Penonton di studio melakukan perkara yang sama dengan para juri. Heidi Klum kemudiannya mengulas dan memuji Cakra Khan kerana mempunyai suara yang seksi.

Pharrell Williams Ikuti Akaun IG Cakra Khan

Penampilan Cakra Khan dengan suara seraknya yang tersendiri turut menarik perhatian ramai pihak.

Termasuk penyanyi,  penerbit syarikat rakaman, Pharrell Williams. Pharrell kelihatan seolah-olah memerhati aksi pentas Cakra yang mempesonakan. Penerbit itu juga telah mengikuti akaun Instagram Cakra Khan. Adakah Pharrell berminat untuk melamar Cakra menjadi artis dibawah naungannya?

VIA Instagram Pharrel Williams

Seperti yang diketahui, Pharrell Williams merupakan seorang penerbit muzik sebelum mencuba profesion sebagai penyanyi.

Lelaki berusia 50 tahun itu merupakan penerbit untuk beberapa penyanyi terkenal pada era 90-an dan awal 2000-an.

Penyanyi ini terdiri daripada Britney Spears, Justin Timberlake, Gwen Stefani, Usher, NSYNC, Jay Z hingga Snoop Dogg. Lagu-lagu yang pernah dihasilkan oleh Pharrell Williams menjadi hits pada zamannya.

Cakra Khan Hadir dengan "Divine Concert" di Singapura dan Malaysia
cakra khanPharell Williams
https://lomp.at/u7ytd
Share14Tweet9SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  4. 4

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem