Sunday, July 6, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Teknologi

Hiburan Gaya Baru Dengan Tablet HONOR Pad X9 LTE Serba Baharu Berharga RM 1,099

by Aphit J.
July 23, 2023
via HONOR

via HONOR

47
KONGSIAN
Share on Facebook

HONOR Malaysia baru sahaja melancarkan tablet keempatnya di Malaysia iaitu HONOR Pad X9. Ia merupakan sebuah tablet versatil yang meningkatkan pengalaman hiburan dan pendidikan.

Pada harga hanya RM 1,099,  HONOR Pad X9 didapati dalam warna Space Grey dengan memori 4GB+128GB.

Jualan Bermula Pada 25 Ogos

Jualan untuk HONOR Pad X9 akan bermula pada 25 Ogos 2023, dan bagi setiap pembelian, pengguna akan menerima Papan Kekunci Bluetooth Pintar bernilai RM299 sebagai hadiah percuma.

Dilengkapi dengan Paparan FullView HONOR 11.5 inci serta ciri-ciri keselesaan mata, sistem audio enam pembesar suara yang dikuasakan oleh teknologi penyesuaian bunyi HONOR Histen, serta pemproses Qualcomm Snapdragon® 685 4G 6nm, HONOR Pad X9 membawakan visual yang menakjubkan dan audio yang mengasyikkan.

Paparan Yang Terbaik

Menampilkan paparan FullView 11.5 inci yang menyokong resolusi 2000×1200 piksel yang menakjubkan dan warna seakan-akan hidup sekaligus meningkatkan gaya hiburan ke satu tahap yang baharu.

Dengan kadar segar semula yang boleh diubah sehingga 120Hz, HONOR Pad X9 menawarkan pengalaman visual yang sangat lancar ketika membuka aplikasi dan penggunaan bateri dapat dijimatkan apabila melayari aplikasi yang kurang memakan bateri seperti membaca e-buku.

Sesuai Untuk Keselesaan Mata

via HONOR

Bagi menunjukkan komitmen HONOR terhadap teknologi berpusatkan manusia, HONOR Pad X9 dilengkapi dengan ciri-ciri keselesaan mata pertama dalam industri.

Ditambah lagi dengan teknologi Paparan Malam Sirkadia HONOR yang boleh mengubah warna paparan menjadi lebih hangat secara automatik bagi mengurangkan jumlah cahaya biru, memastikan rembesan melatonin yang dapat meningkatkan kualiti tidur pengguna.

Audio Yang Tiada Tandingan

Menawarkan pengalaman bunyi audio yang tiada tandingan, HONOR Pad X9 serba baharu ini menampilkan enam pembesar suara yang meliputi segenap arah.

Dengan tahap bunyi yang lebih tinggi, mendalam dan bes yang lebih enak, pengguna dapat merasai kesan bunyi stereo yang penuh pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.

Mengesan Suara Manusia

Ditambah dengan teknologi Vocal Enhancement, HONOR Pad X9 mampu membezakan suara manusia mengikut kelantangan vokal secara pintar dan menghasilkan lokalisasi bunyi dengan lebih tepat.

Hasilnya, apabila pengguna mengikuti kelas dalam talian, bunyi yang dihasilkan lebih jelas dan menarik.

Memori Besar Dan Bateri Tahan Lama

via HONOR

Menampilkan memori 4GB dan pemacu storan sebesar 128GB, HONOR Pad X9 boleh menyimpan 26,880 gambar, 10,752 lagu atau 430 video HD, memberikan pengguna ruang yang cukup besar untuk menyimpan koleksi multimedia mereka.

HONOR Pad X9 dilengkapi dengan bateri tahan lama 7250 mAh untuk perhubungan sepanjang hari. Membolehkan pengguna kekal berhubung dan berada dalam talian, HONOR Pad X9 menyokong sehingga 13 jam penstriman video dan 12 jam muzik, amat sesuai bagi mereka yang mahukan bateri kekal lebih lama untuk berhibur.

Rupa Bentuk Menarik

Reka bentuk dwi cermin dan dwi bulatan HONOR Pad X9 melengkapkan rekaannya yang hanya senipis 6.9mm dan seberat 495g, memudahkan pelajar dan golongan profesional membawanya kemana-mana sahaja.

HONOR Pad X9 hadir dengan Android 13 MagicOS 7.1 yang terkini, menawarkan pelbagai kemas kini dan ciri-ciri penyesuaian peribadi, sistem operasi canggih ini memberikan pengguna pengalaman lebih pintar yang tidak pernah dirasai sebelumnya.

Hanya pada harga RM 1,099, peranti HONOR Pad X9 yang menyeronokkan ini amat berbaloi untuk dimiliki. Maklumat lanjut tentang HONOR Pad X9 baharu, layari https://www.hihonor.com/my/tablets/honor-pad-x9/

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
3
+1
3
HONORHONOR Pad X9
https://lomp.at/7cg33
Share19Tweet12SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem