Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

‘Pujaanku’- Aisyah Aziz Buka Hati Terima Lamaran MASDO

by Phic ARMAN
July 24, 2023
Share on Facebook

Setelah kejayaan Inilah JalanNya yang dirilis pada bulan Januari tahun ini, kini Kugiran Masdo yang dianggotai oleh Ali Sariah, Putu Ceri dan Asmawi kembali lagi dengan buah tangan terbaru yang berjudul ‘PUJAANKU’.

Buah tangan terbaru ini sangat istimewa kerana ia menampilkan penyanyi kelahiran Singapura, Aisyah Aziz sebagai rakan duet.

Lirik ‘PUJAANKU’ ditulis sendiri oleh Ali Sariah bersama Heidi Moru dan muzik diterbitkan oleh Kugiran Masdo dan Shahakam. Bait dalam lagu ini menggambarkan perasaan seseorang yang sangat mencintai dan menghormati seseorang yang disebut sebagai pujaan.

Dalam bait ini, penulis menyapa pujaannya yang sedang terdiam, raut wajahnya menunjukkan bahawa ada sesuatu yang mungkin sedang difikirkannya. Penulis menyatakan bahawa pujaannya adalah segalanya baginya, tidak peduli apa yang terjadi di masa depan, penulis ingin tetap bersama pujaannya dalam kebahagiaan dan kesedihan, seperti yang mereka lakukan dalam masa lalu.

Secara keseluruhan, lagu ‘PUJAANKU’ mengungkapkan perasaan yang dalam dan tulus terhadap pujaannya. Lagu ini mengekspresikan cinta, penghormatan, dan kesetiaannya yang abadi melalui katakata yang penuh perasaan. Jelas Kugiran Masdo,

“Kami amat berbesar hati kerana Aisyah Aziz menerima lamaran kami untuk tampil dalam lagu terbaru kami ini. Kami berharap para peminat dari Malaysia, Singapura dan Indonesia suka dengan PUJAANKU dan teruskan menyokong kami setiap masa”.

Video muzik rasmi ‘PUJAANKU’ yang merupakan arahan Aqil Muaz dari Kualitea Production ini menceritakan pasangan kekasih yang akhirnya berjumpa setelah sekian lama hanya berhubung melalui utusan surat. Video muzik ini juga menampilkan Aisyah Aziz yang diterbangkan dari Singapura dan penggambaran bagi video muzik ini mengambil masa dari jam 7 pagi ke 6 pagi hari berikutnya.

Youtube video

Mood dalam video muzik ini juga mengembalikan memori ke zaman retro dari segi props, pakaian dan solekan. Secara keseluruhan, para penonton yang menonton video muzik ini akan berasa seolah-olah mereka berada dalam era retro itu sendiri.

Lagu ‘PUJAANKU’ terbitan Warner Music Malaysia bersama Warner Music Indonesia ini boleh didapati di kesemua platform digital seperti Spotify, iTunes, KKBox , Deezer dan juga Apple Music bermula 21 JULAI 2023. Manakala video muzik rasmi ‘PUJAANKU’ boleh ditonton di saluran YouTube MASDO.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
aisyah azizMasdo
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Eddie G & Chubb-E, Serangan Radikal
Spotlight

Eddie G & Chubb-E Bergabung, Lancar “Serangan Radikal”

by Nurul A.
September 22, 2026

Industri muzik hip-hop tempatan dimeriahkan dengan pelancaran single terbaharu berjudul “Serangan Radikal”, yang menampilkan gabungan dua artis hiphop iaitu Eddie...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Luahan Nasib Anak Mona Fandey Yang Ramai Tidak Tahu-“Terpaksa Telan Air Liur Ayahnya?”

  2. 2

    Lebih 300,000 Tonton Aksi Shila Amzah Di China, Tapi Kisah Di Sebaliknya Lagi Menarik

  3. 3

    Dari Nasi Lemak Ke Sambal Petai, Village Park Buka ‘Chapter’ Baharu Selepas 24 Tahun

  4. 4

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  5. 5

    Elak Kelam-Kabut! Ini 7 Tips Persiapan Hari Raya Yang Ramai Terlepas Pandang

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara