Friday, July 11, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Nafi Usap ‘Baby Bump’, Beto Kusyairy Mengesahkan Isterinya Tidak Hamil Seperti Yang Didakwa Peminat

by Puteri Alia
July 24, 2023
30
KONGSIAN
Share on Facebook

Aktor Filem Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35, Beto Kusyairy menafikan mengusap perut isteri, Tisha Shahar sebelum menaiki pentas bagi menerima trofi seperti video yang tular.

Sebaliknya, aktor berusia 43 tahun itu meminta isteri untuk memegang telefon bimbit.

Penjelasan itu sekali gus menjawab pertanyaan netizen mendakwa isteri pelakon filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu berbadan dua.

Ekoran ternampak seakan-akan ‘baby bump’ ketika Beto bersama Tisha melewati karpet merah ABPBH 35 dengan busana jubah rona putih, ramai dengan menitipkan ucapan tahniah buat pasangan itu di platform media sosial.

“Tidak… isteri saya tidak mengandung,”

“Sebenarnya, saya mahu tinggalkan telefon bimbit di atas pangkuan isteri,” katanya menerusi aplikasi WhatsApp.

Terdahulu, Beto yang kali pertama mengungguli trofi Aktor Filem Popular menewaskan teraju utama filem Mat Kilau iaitu Datuk Adi Putra.

Selain itu, Beto turut mengalahkan tiga pencabar lain iaitu Fattah Amin, Zul Ariffin dan Zizan Razak.

Sebelum ini, menerusi filem epik arahan Syamsul Yusof itu, Beto meraih trofi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik pada Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-32.

Beto yang mula berlakon filem pada 2007 pernah memenangi kategori Pelakon Lelaki Terbaik Filem dalam Anugerah Skrin (ASK) pada 2015 menerusi filem ‘Gila Baby’.

Beto Tolak Babak Atas Katil & Watak LGBT-"Saya Tak Mahu Cemar Maruah Keluarga"
Beto Kusyairy
https://lomp.at/oaso4
Share12Tweet8SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  2. 2

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  3. 3

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  4. 4

    [VIDEO] Berlaku Kasar Terhadap Staf Konsert, Sikap BLACKPINK Jennie Dicemuh Ramai

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem