Wednesday, July 9, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Uncategorized

Berpeluh-Peluh Nabil Mahir Mencuba Untuk Dapatkan Zuriat Kedua, Ayda Jebat Kini Sudah Hamil Lima Bulan

by Puteri Alia
July 25, 2023
469
KONGSIAN
Share on Facebook

Ramai berpendapat apabila mudah hamil untuk anak pertama bermakna mereka juga tidak akan menghadapi masalah untuk hamil lagi dan menambah bilangan ahli keluarga. Namun hakikatnya tidak begitu.

Terdapat banyak kes pasangan sukar hamil setelah mempunyai seorang atau dua anak walhal mereka tidak mempunyai masalah sebelumnya.

Bagaimanapun, tidak salah mencuba pelbagai cara dan tips untuk mendapat zuriat, kerana sudah pastinya setiap permasalahan ada jalan penyelesaiaannya.

Namun sekiranya takdir mereka hanya untuk mempunyai satu anak, hendaklah bersyukur dan menumpukan perhatian kepadanya. Percayalah mungkin ada hikmah di sebaliknya.

Berbincang soal itu, baru-baru ini pelakon Ayda Jebat membuat kejutan dirinya kini hamil anak kedua dan bakal bersalin sekitar November nanti.

Tidak sendirian membuka mulut, peserta pertandingan Famili Duo itu turut meminta suaminya, Nabil Mahir tampil ke pentas bercerita tentang perkara tersebut.

“Perkara yang kami mahu kongsi hari ini ialah, saya dan Ayda sudah ‘bekerjasama serta berpeluh-peluh’ mencuba untuk mendapatkan zuriat kedua.

“Alhamdulillah, kandungan sudah berusia lima bulan,” kongsinya sebelum bermulanya sidang akhbar drama terbaharu lakonan Ayda, Bukan Cinta Sempurna hari ini.

Sekitar Januari lalu, Ayda yang juga penyanyi memberitahu sudah bersedia untuk menimang cahaya mata kedua tahun ini.

Ayda mendirikan rumah tangga dengan Nabil pada 1 Januari 2021 dan dikurniakan anak pertama, Ana Nayla, 2, pada 21 September tahun yang sama.

Sementara itu, meninjau dalam Instagramnya, Ayda baru sahaja memuat naik sebuah video yang dipercayai dirakam sekitar Hari Raya Aidilfitri, April lalu memaparkan Nabil dan keluarganya baru diberikan satu kejutan tentang kehamilan Ayda.

Lagi perkembangan berita sensasi dalam dan luar negara, jom ikuti laman channel rasmi Whatsapp Murai My untuk info terkini.

Ayda Jebat Dedah Hun Haqeem Tak Pernah Tinggal Solat, Netizen Puji Dua-Dua Artis Rajin Jaga Ibadah
ayda jebatnabil mahir
https://lomp.at/uzi1r
Share188Tweet117SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  4. 4

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem