Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Personaliti

Doa Maryam Sentiasa Untuk Ibu, Siap Bawa Balik Telekung Pelan-Pelan Belajar Solat Di Korea!

by Jash Lee
July 26, 2023
Share on Facebook

Siapa yang tidak mengenali dengan selebriti media sosial, Maryam Younarae atau lebih dikenali sebagai Maryam Durian Kimchi sering mencuri perhatian peminat kerana selalu berkongsi videonya bersama suami dan anak di media sosial.

Nama Maryam dikenali ramai kerana telatahnya yang mencuit hati serta menghiburkan ramai orang. Maryam kini menetap terus di Malaysia selepas suaminya Ryzal memutuskan untuk menetap di sini, namun masih lagi mengajar anaknya dwi bahasa iaitu Hangul dan Bahasa Malaysia

Ibu Ikut Solat Subuh Di Masjid Sebelum Pulang Ke Korea

Baru-baru ini, tular di instagram milik Maryam apabila dia berkongsikan kisah kehidupan diri dan ibunya itu. Maryam juga memuat naik beberapa keping gambarnya berserta kapsyen bersama ibu sebelum ibunya itu berangkat pulang ke Korea.

“Hari terakhir bersama ibu”

“Saya sendirian di sini tanpa keluarga sejak 3 tahun lalu di Malaysia. Saya telah menjalani hidup saya sebagai ibu kepada anak perempuan saya. Sebelum saya menghabiskan hidup saya mencurahkan kasih kepada anak perempuan saya lebih daripada diri saya sendiri tetapi keadaan berubah apabila ibu saya datang melawat. Saya juga anak perempuan seseorang. Saya sedar saya perlu disayangi seperti saya menyayangi anak perempuan saya.”

“Saya merasakan ikatan kekeluargaan yang sebenar apabila saya dapat berkongsi kegembiraan, ketawa dan kenangan dengan ibu saya. Saya tidak pernah menangis melihat dia meninggalkan saya tetapi hari ini saya menangis. Saya rasa keseorangan lagi tanpa dia tetapi saya akan kuatkan diri saya sehingga saya melihatnya lagi.”-kata Maryam

View this post on Instagram

A post shared by Maryam Younarae (@maryamyunrrr)

Tambahnya lagi, pada hari terakhir bersama, ibu Maryam sempat mengikutinya untuk solat subuh berjemaah di Masjid serta ibunya juga membawa pulang telekung kepunyaan Maryam ke Korea untuk pelan-pelan belajar solat di sana. Maryam juga meminta semua supaya doakan ibunya itu.

Apa-apa pun, kita sebagai anak seharusnya membahagiakan kedua orang tua kita tidak kira dalam apa jua keadaan. Apa kata anda?

Error happened.
"Kulit Coklat Pun Cantik!"-Ryzal Ibrahim Tegur Anak Elak 'Racist', Netizen Puji Cara Didikan
MaryamRyzal Ibrahim
https://lomp.at/3hg1h
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  3. 3

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

  4. 4

    “Dah Banyak Kes Orang Sakit Mental”- Rakyat Mula Resah, Kuota BUDI95 Didakwa Punca Kesihatan Terjejas

  5. 5

    Ramai Tengah Serbu Seri Negara KL, Tempat Bersejarah Ini Kini Nampak Lebih Moden

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara