Tuesday, July 1, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Bisnes

Tahniah! Siti Khadijah Meluaskan Empayar Antarabangsa Ke Singapura

by Aphit J.
July 30, 2023
87
KONGSIAN
Share on Facebook

Kumpulan Siti Khadijah (“Siti Khadijah”), syarikat kelahiran Malaysia membuka pintunya untuk pertama kali di Arab Street, Singapura.

Negara Ketiga Selepas Malaysia Dan Indonesia

via Siti Khadijah

Pembukaan butik di Singapura ini merupakan negara ketiga selepas Malaysia dan Indonesia. Diasaskan pada tahun 2009 oleh Padzilah Enda Sulaiman, Siti Khadijah dinamakan sempena nama isteri Nabi Muhammad SAW.

Siti Khadijah menumpukan pada penghasilan pakaian solat yang inovatif yang dibuat dengan reka bentuk muka yang dicipta oleh jenama Siti Khadijah.

Bukan hanya mengeluarkan produk telekung, Siti Khadijah juga mengeluarkan produk gaya hidup seharian seperti pakaian lelaki dan wanita, hijab, sejadah, bag dan lain-lain yang juga boleh didapati di butik yang baru dibuka di Singapura.

Mendekatkan Produk Kepada Rakyat Singapura

via Siti Khadijah

Dengan slogan ‘Selesa Luaran Tenang Dalaman’, jenama itu telah meningkatkan standard pakaian solat sejak ia melancarkan reka bentuk pertamanya.

Jenama ini bertujuan untuk mengembangkan operasi perniagaan di Singapura untuk mencapai matlamat yang disasarkan iaitu untuk mendekatkan produk kepada rakyat Singapura serta menyumbang kepada pembangunan sosio-ekonomi negara Singapura.

Dalam tempoh pelancaran ini, pelanggan Siti Khadijah Singapura boleh menikmati baucar bernilai SGD20 dengan perbelanjaan minimum SGD100 dalam satu resit di butik Siti Khadijah Singapura.

Mempertingkatkan Pertumbuhan Seluruh Dunia

via Siti Khadijah

Siti Khadijah akan menumpukan pada skala perniagaan dan pertumbuhannya terutamanya dalam pasaran antarabangsa untuk meliputi bukan sahaja rantau Asia Tenggara tetapi juga di seluruh dunia.

Pasaran yang semakin berkembang dan kesesuaian jenama yang kukuh menyediakan asas yang baik untuk Siti Khadijah untuk mempertingkatkan pertumbuhan ‘omnichannel’ di seluruh dunia.

Siti Khadijah terus komited mengikuti trend dan permintaan terkini industri dengan memastikan keselesaan dalam produk serta koleksinya.

[VIDEO] Selepas 10 Tahun, Siti Khadijah Perkenalkan Telekung Rekaan Baharu

Ini juga selaras dengan falsafah Siti Khadijah iaitu untuk ‘Memupuk Gaya Hidup Bermanfaat’ demi mengekalkan keaslian melalui ciptaan produknya.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
1
+1
0
Siti Khadijah
https://lomp.at/0vtcz
Share35Tweet22SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem