Wednesday, July 9, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Kisah Noorizan Mohd Noor, Yang Sanggup Tinggalkan Istana Untuk Berkahwin Dengan P Ramlee!

by Amirul Fikry
August 4, 2023
2.4k
KONGSIAN
Share on Facebook

Noorizan binti Mohd Noor atau lebih dikenali sebagai Noorizan, merupakan seorang pelakon filem di tanah melayu dan beliau juga merupakan bekas isteri kepada P Ramlee.

Kehidupannya sebagai Permaisuri!

Setelah Noorizan berpisah dengan suami pertamanya iaitu merupakan seorang pegawai Kastam, Beliau telah disunting oleh Sultan Perak ke-32. DYMM Sultan Yussuff Izzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah (Sultan Perak Ke-35) dan ayahanda kepada Sultan Azlan Muhhibuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuff Izzuddin Shah (Sultan Perak Ke-34) sebagai isteri kedua pada sekitar tahun1954 ketika berusia 27 tahun.

Pada tahun 1955, Noorizan diberikan gelara Yang Teramat Mulia Permaisuri oleh suaminya itu. Almarhum telah mangkat pada tahun 1963 di Istana Iskandariah ketika berusia 72 tahun. Sebentuk cincin biru yang kini masih tersimpan  di Arkib Negara Malaysia adalah antara kenangan cinta Almarhum Sultan Yussuff kepada Noorizan.

Kehadiran P. Ramlee Mengubah Hidup Noorizan

Pada tahun 1955, seniman P Ramlee atau nama sebenarnya Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh telah membuat persembahan di Perak atas titah Almarhum Tuanku. Ada rumor mendakwa, Almarhum Tuanku ada berpesan kepada Permaisuri Noorizan agar tidak memandang tepat kepada mata P Ramlee kerana Almarhum Tuanku mengetahui seseorang wanita akan jatuh cinta jika menatap mata P Ramlee.

Rumor itu tersebar dan mengatakan Permaisuri Noorizan telah terkena panahan mata P Ramlee lalu jatuh cinta kepada seniman muda itu. Noorizan dan P Ramlee hanya berhubung melalui telefon dan diketahui Almarhum Tuanku kerana bil telefon Istana melambung tinggi.

Almarhum Sultan Yussuff telah memutuskan untuk menceraikan Noorizan dan mengarahkannya untuk keluar dari Istana. Noorizan keluar dari Istana Perak sebagai seorang bekas isteri seorang Sultan dan hidup bersama P Ramlee.

[REVIEW] Mencari Ramlee: Karya Lagenda, Kembali Nostalgia

Noorizan dan P Ramlee berkahwin pada 6 Februari Tahun 1955 ketika itu Noorizan berumur 28 tahun dan P. Ramlee berumur 26 tahun. P. Ramlee telah menghasilkan sebuah lagu khas untuk Noorizan sewaktu mereka masih bersama. Lagu “Tidurlah Wahai Permaisuri” merupakan hadiah buat seniwati Noorizan.

Seniman P. Ramlee juga telah mengubah sebuah lagu yang liriknya ditulis oleh pengarah Jamil Sulong berjudul “Berkorban Apa Saja” yang dituju khas untuk Noorizan kerana sanggup meninggalkan Istana dan segala kemewahan demi sebuah percintaan.

Penceraian Dengan P. Ramlee Menjadi Sebuah Duka

Rumah tangga mereka pada awalnya tampak bahagia namun ikatan yang penuh warna-warni kahidupan tanpa dikurnai zuriat kecuali seorang anak tirinya Nasir P Ramlee, maka berakhir juga dengan talak satu pada 16 Oktober 1961.

Noorizan dan bekas suaminya P. Ramlee tetap menjalinkan hubungan yang baik dan saling hormat menghormati satu sama lain. Noorizan pulang ke Kuala Lumpur seorang diri dengan menginapi sebuah hotel di ibukota untuk memulakan kehidupan yang baru.

YouTube video

Pada tahun 1972, P. Ramlee mengembalikan semula gelaran Permaisuri kepada Noorizan melalui filem Laksamana Do Re mi dengan memegang watak sebagai Permaisuri Kerajaan Pasir Dua Sebutir.

Apa kata anda?

Noorizan Mohd NoorTan Sri P Ramlee
https://lomp.at/c3wdi
Share968Tweet605SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  4. 4

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem