Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Teknologi

[UNBOXING] Jom Buka Kotak SAMSUNG Galaxy Z Flip5 Yang Baharu, Puas Hati Tengok ‘Cover Screen’ !

by Phic ARMAN
August 4, 2023
Share on Facebook

SAMSUNG baru sahaja menghantar telefon pintar boleh lipat Galaxy Z Flip5 baharu mereka kepada kami, dan ini adalah artikel ‘Unboxing’, serta tanggapan pertama kami!

Inilah pembungkusan kecil dan minimalis Galaxy Z Flip5. Kotak pembungkusan ini dibuat menggunakan bahan kitar semula dan dakwat yang lebih mesra alam.

Kami menerima Galaxy Z Flip5 dalam varian warna Mint iaitu hijau cerah yang merupakan warna kegemaran dalam siri ini.

Dalam gambar unboxing di atas, anda dapat melihat bahawa pakej Galaxy Z Flip5 agak minimum, dan hanya terdiri daripada:

  • Telefon pintar Samsung Galaxy Z Flip5
  • Set dokumen – panduan permulaan pantas dalam dua bahasa, dan kad jaminan
  • Kabel USB Jenis C ke Jenis C
  • Pin pembuka kad SIM

Skrin utama menggunakan panel Dynamic AMOLED 2X 6.7 inci dengan kadar penyegaran adaptif 120Hz, masih sama seperti generasi sebelumnya.

Tetapi jangan gusar kerana skrin luaran atau skrin penutup Galaxy Z Flip5  kini semakin besar. Ini menjadi sesuatu yang kami nantikan untuk Galaxy Z Flip5 .

Skrin penutup Galaxy Z Flip5  kini berukuran 3.4 inci atau lebih dari 3 kali lebih besar daripada skrin penutup Galaxy Z Flip4.

Dengan saiz skrin yang lebih besar, sudah tentu fungsi cover screen ini menjadi lebih manfaat. Kini pengguna boleh mengakses lebih widget, mengambil swafoto dengan pratonton yang lebih besar, dan juga mengakses aplikasi popular seperti WhatsApp dan YouTube tanpa perlu membuka skrin telefon bimbit.

Galaxy Z Flip5 juga membawa teknologi engsel baharu yang boleh menjadikan telefon bimbit ditutup rapat tanpa celah.

Lipatan pada skrin juga tidak begitu menyerlah seperti sebelum ini.

Di bahagian hadapan,Galaxy Z Flip5 mempunyai kamera punch hole yang tersembunyi di bahagian atas paparan boleh lipatnya. Ini adalah kamera 10 MP yang sama daripada Galaxy Z Flip 4, walaupun dengan apertur f/2.2 yang lebih besar sedikit. Jadi anda boleh menjangkakan prestasinya lebih baik sedikit dalam keadaan cahaya malap.

Galaxy Z Fold7 & Z Flip7: Kenapa Kena Sambar Sebelum 31 Ogos?

Di bahagian belakang terdapat dua kamera 12 MP yang sama seperti Galaxy Z Flip5 – kamera utama dengan apertur f/1.8, dan kamera sudut ultra lebar dengan medan pandangan 123° dan apertur f/2.2.

Galaxy Z Flip5 sendiri dikuasakan oleh cipset Snapdragon 8 Gen 2 dengan 8GB RAM dan sehingga 512GB memori dalaman. Konfigurasi kamera masih sama dengan kamera utama 12 MP dan kamera ultra lebar 12 MP.

Seperti model sebelum ini, Galaxy Z Flip5 adalah kalis air IPX8, walaupun ia masih tidak kalis habuk kerana mekanisme engselnya. Ia dilindungi pada semua sisi dengan bingkai Aluminium Armor yang kuat, dan di belakang oleh Corning Gorilla Glass Victus 2.

Di sebelah kiri, anda akan menemui SIM Card Tray, yang hanya menyokong kad SIM nano tunggal. Galaxy Z Flip 5 juga menyokong eSIM, jadi anda boleh menggunakan sehingga dua SIM.

Di bahagian bawah, anda akan menemui port USB, serta port pembesar suara dan mikrofon. Di sebelah kanan ialah butang Kuasa dengan penderia cap jari terbina dalam dan butang kawalan Kelantangan.

Ketersediaan

Galaxy Z Flip5 akan tersedia di Malaysia di seluruh negara mulai 18 Ogos 2023. Berikut harga yang ditawarkan dengan pilihan warna menarik seperti Mint, Lavender, Cream, Graphite. Manakala terdapat warna eksklusif dalam talian iaitu Gray, Blue, Green, Yellow.

  • Galaxy Z Flip5 (256GB)- RM4,499
  • Galaxy Z Flip5 (512GB)- RM4,999

Untuk maklumat lanjut mengenai pra-pesanan, klik pautan ini. Untuk maklumat lanjut mengenai Galaxy Z Flip5 sila layari: www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-z-flip5/buy/

Galaxy Z FLip 5samsung
https://lomp.at/jndie
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

LifeXplore

[VIDEO] Galaxy S26 Hadir Dengan Nada Dering Terbaharu, Dirakam Orkestra Terkenal Dunia

by Phic ARMAN
March 27, 2026

Nampaknya Samsung sekali lagi tampil dengan sesuatu yang lain daripada biasa. Kali ini, menerusi siri Samsung Galaxy S26, mereka memperkenalkan...

Read moreDetails
LifeXplore

Apa Yang Best Pasal Kad Ryt Ini Kalau Time Shopping? Ini 3 Hal Penting Yang Patut Anda Tahu

by Phic ARMAN
April 23, 2026

Kalau anda jenis suka shopping tapi dalam masa sama nak jaga flow duit, berita dari Ryt Bank ini mungkin buat...

Read moreDetails
LifeXplore

Low Light Tak Lagi Musuh: Galaxy A57 5G Tampil Dengan Kamera Lebih Sharp

by Phic ARMAN
April 17, 2026

Kalau dulu siri Galaxy A dah dikenali sebagai “kamera bajet rasa flagship”, kali ini Samsung Galaxy A57 5G nampaknya naik...

Read moreDetails
LifeXplore

Suri Rumah Memang Suka! Ini Manfaat Ciri Teknologi ‘No Frost’ Pada Peti Ais

by Phic ARMAN
April 23, 2026

Kalau nak cakap jujur, No Frost Technology bukan sekadar ciri “extra”,  tapi dah jadi penyelamat rutin harian, especially untuk suri...

Read moreDetails
LifeXplore

Galaxy A57 5G dan A37 5G Kini di Malaysia! Selain Harga, Teknologi Nightography Jadi Fokus

by Phic ARMAN
April 7, 2026

Baru-baru ini, MURAI berpeluang hadir ke event eksklusif Samsung di The Campus untuk menyaksikan sendiri pelancaran dua model terbaru Galaxy...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Salah Susun Atau Salah Orang? Pelanggan Lari, Peniaga Tanggung Rugi

  2. 2

    Bekas Pengawal Peribadi Shah Rukh Khan Dedah Jumlah Gaji Diterima

  3. 3

    Pulai Trail KL: Hutan Tersembunyi Di Tengah Bandar Yang Ramai Tak Sedar

  4. 4

    Nak Cuba Je, Tapi Jadi Cemas!  Warga Emas Tersangkut Dalam Kasut Getah Cetus Gelak Tawa

  5. 5

    Peminat Panik Selepas Shah Rukh Khan Mahu ‘Berehat’ Dari Dunia Lakonan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara