Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore

Sekilas Pandang Galaxy Tab S12+, Ternyata Ia Bukan Sekadar Skrin Besar

by Phic ARMAN
October 16, 2026
Share on Facebook

Awal Oktober lalu, MURAI berpeluang memegang sendiri Samsung Galaxy Tab S12+ ketika sesi pre-briefing bersama pasukan Samsung. Ketika itu, kami tertanya-tanya apakah kelainan yang bakal dibawakan oleh tablet terbaharu ini.

Tidak lama kemudian, Samsung menghantar unit untuk kami cuba sendiri. Jadi, sebelum MURAI berkongsi ulasan penuh tentang prestasinya, apa kata kita lihat dahulu tanggapan awal kami terhadap peranti ini?

Samsung Galaxy Tab S12+ Lebih Nipis Dan Ringan

Perkara pertama yang menarik perhatian MURAI ialah reka bentuknya. Dengan ketebalan hanya 5.3mm dan berat sekitar 553g, Galaxy Tab S12+ tampil nipis dan ringan, selain dilengkapi skrin lebih besar serta bateri berkapasiti 10,600mAh.

Menariknya, tablet ini turut mempunyai penarafan IP68 untuk perlindungan daripada habuk dan air tawar. Bagi MURAI, ciri ini mungkin bukan keperluan utama, tetapi pastinya memberikan sedikit ketenangan jika berlaku insiden air tertumpah ketika bekerja di kafe.

Skrin AMOLED 12.6 Inci Untuk Kerja Dan Hiburan

Galaxy Tab S12+ dilengkapi skrin Dynamic AMOLED 2X berukuran 12.6 inci, resolusi 2800 x 1752 piksel dan kadar segar semula 120Hz.

Saiz ini sesuai untuk menonton filem, membaca dokumen atau membuka beberapa aplikasi serentak. Dengan fungsi Multi Window, pengguna boleh membahagikan skrin kepada tiga bahagian.

MURAI melihatnya sebagai kelebihan buat golongan profesional, pelajar dan pencipta kandungan. Tak perlu asyik bertukar aplikasi apabila mahu merujuk dokumen sambil mencatat nota.

Topik Berkaitan Galaxy Z Fold8 Ultra ‘Full Mark’! Kamera, Display & Prestasi Diuji Consumer Reports

Prestasi Lebih Berkuasa, Pelajar Pun Ada Tawaran Khas

Di bawah badan nipisnya, Galaxy Tab S12+ menggunakan cip MediaTek Dimensity 9500 bersama RAM 12GB dan pilihan storan 256GB atau 512GB. Samsung turut menyediakan slot kad microSD yang menyokong kapasiti sehingga 2TB.

Tablet ini hadir dengan Android 17 dan One UI 9, selain sokongan kemas kini sehingga tujuh tahun. S Pen juga disertakan dalam kotak untuk memudahkan pengguna mencatat nota dan mengendalikan tugasan harian.

Lebih menarik, pelajar juga boleh menyemak tawaran diskaun pendidikan khas Samsung. Dengan kos peranti yang bukan murah, peluang mendapatkan penjimatan pastinya sesuatu yang berbaloi untuk dipertimbangkan.

Bateri Besar, Tetapi Pengecas Dijual Berasingan?

Samsung mendakwa bateri 10,600mAh mampu menawarkan sehingga 21 jam main balik video, dengan sokongan pengecasan pantas 45W. Namun, pengecas dan aksesori papan kekunci dijual berasingan.

Di sinilah MURAI mula tertanya-tanya. Untuk sebuah tablet premium, bukankah lebih praktikal jika pengecas disertakan sekali dalam kotak?

Selain S Pen, Samsung turut menawarkan aksesori papan kekunci pilihan yang dilengkapi butang khusus Galaxy AI. Menerusi butang ini, pengguna boleh memilih pembantu AI seperti Bixby, Gemini atau Perplexity untuk membantu tugasan harian. Bagi MURAI, ciri ini menarik terutama buat pelajar dan golongan profesional yang mahu bekerja dengan lebih pantas. Cuma, perlu diingat bahawa papan kekunci tersebut dijual berasingan.

Topik Berkaitan 'Bila Mid-Range Dah Macam Rasa Premium'- Ini Pengalaman MURAI Dengan Galaxy A57 5G

Galaxy Tab S12+ Galaxy Tab S12+

Berbaloi Atau Perlu Tunggu Ulasan Penuh?

Secara keseluruhan, tanggapan awal MURAI terhadap Samsung Galaxy Tab S12+ agak positif. Reka bentuk nipis, skrin besar, sokongan S Pen dan ciri produktiviti menjadikannya menarik untuk mereka yang mahukan peranti serba boleh.

Namun, persoalan sebenar masih belum terjawab. Adakah prestasinya benar-benar lancar ketika menjalankan aplikasi berat? Mampukah baterinya bertahan seperti yang didakwa Samsung? Dan adakah tablet ini berbaloi dengan harga yang ditawarkan?

MURAI akan menguji semuanya dalam ulasan penuh nanti. Nantikan pengalaman penggunaan sebenar kami selepas menguji peranti ini dengan lebih mendalam!

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
3
Hearts
Hearts
5
Haha
Haha
5
Star
Star
3
Sad
Sad
1
Weary
Weary
0
Galaxy Tab S12samsung
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

LifeXplore

AirAsia Buka Semula Laluan Ahmedabad & Amritsar

by Phic ARMAN
October 5, 2026

Kalau India sudah lama masuk dalam travel bucket list anda tetapi asyik tertangguh sebab fikir bajet, mungkin ini masa untuk...

Read moreDetails
Genting Berhad, Genting Dementia Care, Merdeka
LifeXplore

Sarat Dengan Semangat Kemerdekaan, Genting Berhad Anjur Karnival Ambang Hari Merdeka 2026

by Nurul A.
September 8, 2026

Genting menghimpunkan lebih 200 ahli komuniti, kakitangan serta keluarga mereka di Genting Dementia Care Centre pada 30 Ogos 2026 menerusi...

Read moreDetails
Gegata Kronik CSU
Kesihatan

Bukan Sekadar Alahan Atau Ruam, Kamu Mungkin Hadapi Gegata Kronik!

by Nurul A.
October 13, 2026

Pernah tak kamu terjaga tengah malam kerana kulit menjadi sangat gatal secara tiba-tiba dan dipenuhi dengan gegata, tetapi bila berjumpa...

Read moreDetails
IKEA Kuching, Malaysia
LifeXplore

Pertama Di Malaysia Timur, IKEA Kuching Bakal Dibuka Hujung Tahun Ini!

by Nurul A.
August 24, 2026

IKEA Malaysia hari ini mengumumkan IKEA Kuching akan mula beroperasi pada Disember 2026, menandakan satu lagi langkah penting bagi pengembangan...

Read moreDetails
berat badan
Kesihatan

Tengah Tidur Pun Berat Badan Boleh Turun, Nak Tahu Caranya?

by Nurul A.
October 14, 2026

Rasanya semua orang tahu, nak turunkan berat badan bukannya senang dan ianya adalah satu proses yang lama serta susah. Jadi tak...

Read moreDetails
Disneyland Hong Kong
LifeXplore

Khas Untuk Rakyat Malaysia, Hong Kong Tawar Pengalaman Menarik Menjelang Hujung Tahun

by Nurul A.
August 25, 2026

Bagi rakyat Malaysia yang ingin berehat seketika daripada cuaca panas, Hong Kong (HK) menawarkan pelbagai agenda untuk dikunjungi dalam beberapa...

Read moreDetails
KLSCM 2026
LifeXplore

KLSCM Kembali Ke Dataran Merdeka Bagi Edisi Ke-18

by Nurul A.
October 4, 2026

Pelari daripada pelbagai peringkat usia membanjiri jalan raya Kuala Lumpur pagi ini bagi menyertai kategori IHH 10km dan 5km dalam...

Read moreDetails
Vietjet, Promosi 9.9 RM268
LifeXplore

Promosi 9.9 Selama 3 Hari, Vietjet Tawar Tambang Serendah RM268

by Nurul A.
September 9, 2026

Untuk bulan September ini, syarikat penerbangan Vietjet melancarkan promosi 9.9 selama tiga hari, khas untuk rakyat Malaysia yang merancang percutian...

Read moreDetails
LifeXplore

Nasha Aziz Turun Padang Cari 20 Ikon Pahang, Bakat Baharu Bakal Rebut RM10,000

by Phic ARMAN
September 30, 2026

Kalau selama ini kita kenal Nasha Aziz sebagai antara nama besar dalam dunia peragaan dan lakonan, kali ini beliau pula...

Read moreDetails
Pavilion kl
LifeXplore

Pavilion KL Dinobatkan Sebagai “Rakan Kongsi Strategik Terbaik”

by Nurul A.
September 13, 2026

Pavilion Kuala Lumpur (KL) telah dinobatkan sebagai Rakan Kongsi Strategik Terbaik oleh Ant International di acara Voyage 2026. Pengiktirafan ini...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kenali Isteri Ku Li, Madamme Alfi dan Kehidupan Keluarga Bahagia Mereka

  2. 2

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  3. 3

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  4. 4

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  5. 5

    3 Masjid Pilihan Gen Z Untuk Berbuka & Moreh Di Lembah Klang, Seni Bina Cantik, Juadah Pun Menarik

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara