Monday, June 30, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Anita Sarawak Mempunyai Adik Beradik Seramai 15 Orang? Termasuk Noor Kumalasari!

by Amirul Fikry
August 8, 2023
1.7k
KONGSIAN
Share on Facebook

Anita Sarawak atau nama sebenarnya ialah Ithnaini binti Mohd Taib merupakan seorang penyanyi, pelakon dan pengacara kelahiran dari Singapura yang berketurunan melayu. Kampung asal sebelah bapanya di Temerloh Pahang dan disebelah ibunya di Kuching Sarawak dan Georgetown Pulau Pinang.

Anita Sarawak mempunyai seorang adik yang sama bapa dan seorang kakak yang sama ibu serta beliau juga mempunyai 13 adik-beradik angkat yang lain. Selain itu, Anita Sarawak telah dikurniakan pelbagai jenis anugerah di dalam dan luar negara.

Anak Kepada Penghibur Tanah Air!

Anita Sawak dilahirkan di dalam keluarga yang mengalir darah seni iaitu Allahyarham . Roomai Noor merupakan seorang penerbit filem dan pelakon terkenal. Manakala ibunya pula Allahyarhamah Siput Sarawak merupakan seniwati masyur filem melayu dahulu kala.

Anita Sarawak memulakan kerjayanya seawal 15 tahun di singapura dan seterusnya beliau pergi ke Amerika Syarikat dan mengikat kontrak dengan Caesar’s Palace di Las Vegas, sebuah hotel dan kasino yang termahsyur di dunia. Setelah 20 tahun berada di luar negara, Anita Sarawak pulang dan menetap di Kuala Lumpur bagi meneruskan kerjayanya sebagai penghibur di sini.

Anita Sarawak juga telah menghasilkan banyak lagu di dalam bahasa melayu dan inggeris dari tahun 1969. Beliau juga berjaya melahirkan album solo di setiap disetiap 4 dekad yang berbeza berturut-turut selain M. Nasir dan Allahyarhamah Sharifah Aini.

Menghilangkan Diri, Selepas 10 Tahun Baru Menelefon Adiknya!

Adik kepada Anita Sarawak yang sama bapa dengannya adalah penyanyi, pelakon pengacara dan model terkenal dahulu kala iaitu Noor Kumalasari. Noor Kumalasari juga pernah memenangi beberapa anugerah seperti Pelakon pembantu wanita terbaik, dan pelakon wanita terbaik drama tv pada tahun 1974, 1984 dan 1991.

Pada May 2023 yang lalu, tergempar apabila Noor Kumalasari memberitahu kepada media bahawa dia sangat bersyukur kerana mendapat panggilan telefon dari kakaknya itu Anita Sarawak. Di fahamkan beliau berjumpa dengan Anita Sarawak pada 10 tahun yang lalu sebelum dia berpindah ke Las Vegas.

Anita Sarawak memberitahunya bahawa beliau dan suaminya kini bahagia hidup sebagai orang biasa dan bukan lagi berstatus selebriti di Las Vegas. Dengan panggilan telefon tersebut telah menyangkal dakwaan beberapa individu terdahulu yang mengatakan bahawa Anita Sarawak telah meninggal. Kini beliau bahagia dengan cara yang dipilih bersama keluarganya di Las Vegas.

Apa-apa pun, semoga Anita Sarawak dan Noor Kumnalasari dapat berjumpa kerana kasih sayang antara adiuk beradik tidak dapat dipisahkan.

Apa kata anda?

What’s your Reaction?
+1
27
+1
21
+1
5
+1
4
+1
5
+1
5
anita sarawakNoor Kumalasari
https://lomp.at/oe708
Share672Tweet420SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Ada Hikmah Abah Sakit, Akhirnya Anak-Anak Bantu Berniaga” – Aliff Syukri Bersyukur Anak Banyak Membantu

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem