Sunday, July 6, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Korea

Kisah Perjuangan Lisa Blackpink Sehingga Terkenal Di Seluruh Dunia!-“Hampir Putus Asa”

by Amirul Fikry
August 8, 2023
118
KONGSIAN
Share on Facebook

Siapa yang tidak mengenali kumpulan kpop wanita yang ternama iaitu Blackpink. Tidak kira usia, pangkat atau negara mana anda berada jika ditanya mengenai kumpulan ini pasti ramai mengetahuinya.

Kumpulan Blackpink merupakan kumpulan kpop idol yang berasal dari Korea Selatan dan mempunyai 4 orang ahli kumpulan iaitu Lisa, Jisoo, Jennie, dan Rose. Blackpink mempunyai kelab peminatnya yang tersendiri diberi nama Blink yang sentiasa menyokong mereka di dalam industri muzik.

Terpaksa Berpisah Dengan Ibu Bapa Demi Cita-Citanya!

Sekiranya anda seorang Blink pastinya anda telah mengetahui setiap cerita disebalik 4 orang ahli kumpulan ini. Kali ini, Murai MY ingin berkongsikan kisah mengenai salah seorang ahli kumpulan Blackpink iaitu Lisa mengenai pahit getir yang dia lalui sehingga menjadi terkenal hari ini.

Lisa yang dilahirkan pada 27 Mac 1997 di Satuek District Thailand amat menyukai Kpop sejak dari kecil, terutamanya Big Bang dan 2NE1. Lisa telah mengikut Ujibakat dari YG Entertainment kettika berusia 13 tahun. Kira-kira seramai 4,000 peserta yang menghadiri ujibakat tersebut dan hanya Lisa seorang sahaja yang berjaya dan diminta untuk ke Korea Selatan.

VIA instagram Lalisa

Tahun 2011 ketika berusia 14 tahun, Lisa diminta untuk menjadi Trainee selama 5 tahun. Lisa juga berlatih selama 12 jam sehari untuk mengasah kemampuannya dalam menyanyi, menari dan rap. Selain itu, sebagai Trainee Lisa juga terpaksa mengikut khusus diet khas bagi menjaga badannya supaya kelihatan sempurna.

Kesemua Trainee mereka akan dinilai mengikut Gred A, B, atau C dalam nyanyian, tarian dan lain-lain. Terdahulu salah seorang ahli kumpulan Blackpink iaitu Jennie telah memberitahu bahawa Semasa Trainee, Lisa sering mendapat nilai Gred A dalam semua kategori. Tambahan pula semasa menjadi Trainee pada tahun 2013, Lisa pernah muncul sebagai penari pendamping dalam muzik video Taeyang yang berjudul “Ringa Linga”.

[FOTO] Tidak Berbaju Untuk Muka Depan Majalah, BLACKPINK Jennie Sekali Lagi Dikecam!

Blackpink akhirnya melakukan debut mereka saat Lisa berusia 19 tahun dan ketika itu, Lisa menjadi Trainee pertama untuk Agensi YG Entertainment yang berasal dari luar Korea. Ketika itu, Lisa langsung tidak fasih berbahasa Korea dan dia mengalami kesukaran dalam sehari-hariannya ketika ingin berkomunikasi dengan baik dalam bahasa tersebut.

Sebelum debutnya, Lisa berulang kali memikirkan untuk pulang sahaja ke Thailand dan lupakan cita-citanya akan tetapi dia tetap kuatkan semangat untuk berlatih sehingga debutnya. Oleh kerana sifatnya yang tidak pernah berputus asa untuk merealisasikan cita-citanya itu, kini segala usahanya dibayar kembali apabila Lisa telah menjadi salah seorang Penyanyi Kpop yang dikenali di seluruh dunia.

Jadi jika anda mempunyai cita-cita jangan pernah berputus asa tidak kira ketika usia berapa kalian memulakannya kerana setiap usaha pasti akan membuahkan hasil.

Apa kata anda?

What’s your Reaction?
+1
1
+1
3
+1
0
+1
1
+1
1
+1
0
BlackpinkJennieJisooLisarose
https://lomp.at/qtskq
Share47Tweet30SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  4. 4

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  5. 5

    [VIDEO] Gara-Gara Anak Solat Di Ruang Tamu, Rumah Maia Estianty Dikritik Ramai

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem