Tuesday, July 15, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Dini Schatzmann Akui Duit Banyak Habis Setelah Berkahwin Dengan Janna Nick, Kini Bakal Berpindah Ke Rumah Baharu

by Puteri Alia
August 9, 2023
796
KONGSIAN
Share on Facebook

Selepas hampir dua bulan mendirikan rumah tangga, pelakon Dini Schatzmann bersama isterinya yang juga pelakon, Janna Nick bakal berpindah ke rumah baharu sekitar penghujung bulan ini.

Dini atau nama lengkapnya Dini Azan Schatzmann, 28, berkata, dia bersama Janna akan berpindah ke rumah baharu mereka yang dibeli di sekitar Kuala Lumpur sahaja.

Pelakon berdarah kacukan Melayu-Switzerland itu memberitahu, dia kini perlu bekerja keras kerana telah banyak berhabis ketika majlis pernikahannya pada Jun lalu.

“Fokus sekarang, selain berpindah ke rumah baharu, saya dan Janna perlu bekerja keras sebab duit dah banyak keluar ketika berkahwin.

“Jadi sekarang masa untuk kembali bekerja keras. Insya-Allah selepas ini akan ada cahaya mata pula. Semua itu memerlukan duit,” katanya.

Dini yang ditemui semasa sidang media dan tayangan perdana filem Malbatt: Misi Bakara turut berkongsi kehidupannya selepas bergelar seorang suami.

Kata pelakon drama Cik PA Tuan Ash itu, tidak banyak perubahan yang berlaku pada dirinya selepas bergelar suami memandangkan dia dan juga Janna menjalani kehidupan seperti biasa.

“Apa yang berubah, bila balik rumah kami akan meluangkan masa bersama-sama. Bangun pagi, ada isteri di sisi.

“Selepas berkahwin, kami pun tidak merancang untuk memperlahankan kerjaya seni masing-masing,” jelasnya.

Terdahulu, Dini dan Janna sah bergelar suami isteri dalam sebuah majlis tertutup yang diadakan di Masjid Aisyah di Pulau Langkawi, Kedah pada 10 Jun lalu.

Pasangan sejoli itu dinikahkan oleh bapa Janna sendiri, Muner Abdullah bersaksikan Pengerusi Masjid Aisyah, Othman Yahya serta sepupu pengantin perempuan, Amir Fikri dan Amar Fikri.

Pada majlis pernikahan tersebut, Dini turut menyerahkan mas kahwin RM2,703 kepada Janna dan seutas rantai emas.

[VIDEO] Gelagat Khai Bahar Suap Makanan Dekat Krew, Curi Perhatian Ramai!-"Bagusnya Dia"

Jumlah mas kahwin tersebut dipilih sebagai simbolik kepada tarikh perkenalan mereka iaitu pada 27 Mac 2019

Dini Schatzmannjanna nick
https://lomp.at/ru2x0
Share318Tweet199SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

Fattah Amin Dituduh ‘Tiru’ Sentuhan Syamsul Yusof Dalam Arahan Pertama Noktah Dosa, Netizen Terkejut Hasil Cemerlang

by Puteri Alia
July 14, 2025

Meraih perhatian ramai, telefilem Noktah Dosa arahan sulung pelakon Fattah Amin bukan sahaja mencatat kejayaan dari segi tontonan, malah menerima...

Read more
Lokal

“17 Tahun Kenal Amy Search, Beliau Bukan Begini” – Shila Amzah Nafi Nabila Huda Punca, Minta Cari ‘Tangan Ghaib’ Cetus Provokasi

Tidak mahu memburukkan keadaan atau mengheret nama yang tidak bersalah, Shila Amzah tampil dengan permintaan tegas agar pelakon Nabila Huda...

Read more
by Puteri Alia
July 14, 2025
Lokal

Zizi Kirana Jawab Isu Unfollow Suami-“Alhamdulillah Okey Sahaja” Tapi Masih Tiada Gambar Bersama Sejak Jun

“Alhamdulillah okey sahaja.” Jawapan ringkas daripada Zizi Kirana itu seakan menutup mulut mereka yang cuba mencetuskan spekulasi mengenai status rumah...

Read more
by Puteri Alia
July 14, 2025
Lokal

PU Riz Dedah Neelofa Tak Pernah Merajuk Selama 3 Tahun Kahwin-“Kami Selesaikan Masalah Dengan Solat Jemaah”

Dikurniakan seorang isteri yang bukan sahaja cantik dan ternama, tetapi juga memahami dan tenang, pendakwah bebas PU Riz mengakui kehidupannya...

Read more
by Puteri Alia
July 14, 2025
Hollywood

Siapa Saroja Devi? Pernah Cipta Rekod Jadi Heroin Untuk 161 Filem, Kini Pergi Buat Selamanya

Pagi-pagi lagi MURAI dah nampak berita sedih: Dunia perfileman India kehilangan seorang bintang besar, Bangalore Saroja Devi, yang meninggal dunia...

Read more
by Phic ARMAN
July 14, 2025
Foto - @lilbieber (IG)
Hollywood

8 Selebriti Yang Pernah Hidup Dalam Kemiskinan- Justin Bieber Tidur Dengan Tikus!

Murai tahu kebanyakan kita mesti fikir golongan selebriti sebenarnya berasal dari keluarga yang kaya-raya. Tapi kalau kamu nak tahu, tak...

Read more
by Soph Azz
July 14, 2025
Foto - @humairaaliofficial (IG)
Selebriti

5 Fakta Misteri Kematian Aktres Pakistan, Humaira Asghar Ali

Jika kamu tidak tahu, aktres Pakistan iaitu Humaira Asghar Ali telah ditemui meninggal dunia di apartmennya di Karachi, Pakistan pada...

Read more
by Soph Azz
July 14, 2025
Foto - @limbadindonesia (IG)
Indonesia

Kisah Limbad, Ahli Silap Mata Indonesia Digelar “Syaitan” & Ditahan Askar Arab Saudi

Ahli silap mata Indonesia, Limbad telah menjadi tular selepas dilaporkan ditahan di imigresen Arab Saudi ketika menunaikan ibadah umrah pada...

Read more
by Soph Azz
July 14, 2025
Foto - @deecompany_official (IG)
Indonesia

Sarung Kostum Pocong Ketika ‘Mumun’, Acha Septriasa Akui Lihat Makhluk Halus Sebenar

Rasanya tak semua orang kuat dan mampu untuk hadapi perkara yang sama. Aktres Indonesia, Acha Septriasa pernah berkongsi pengalamannya yang...

Read more
by Soph Azz
July 14, 2025
Lokal

[VIDEO] Telatah Spontan Anak Bella Astillah Merangkul Leher Syed Saddiq, Netizen Terharu!-“Part YB Terkejut..”

Tular satu video yang memaparkan gelagat anak perempuan penyanyi, Bella Astillah iaitu Ara Adreanna bersama Ahli Parlimen Muar, YB Syed...

Read more
by Naddy Joe
July 14, 2025
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Ammar Ahyyan Dedah Tak Terima Gaji, Tapi Boleh Guna Kad Kredit Aliff Syukri Tanpa Had!

  2. 2

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  3. 3

    [VIDEO] ‘Dame Un Grr’ Versi Fattah Amin & Irfan Haris Buatkan Ramai Cair Melihatnya!

  4. 4

    [VIDEO] Berlaku Kasar Terhadap Staf Konsert, Sikap BLACKPINK Jennie Dicemuh Ramai

  5. 5

    Triathlon Desaru 2025: Kisah Syed Saddiq & Ayden yang Bikin Ramai Tersentuh

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem