Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Ajai Pilih Aufahanie Untuk Versi Nyanyian Semula ‘Saat Hilang Cintamu’, Peminat Sedih- “Rindu Siti Sarah”

by Phic ARMAN
August 10, 2023
Share on Facebook

Penyanyi muda Aufahanie mencuri perhatian apabila berkongsi sebuah muzik video yang memperlihatkan nyanyian semula lagu ‘Saat Hilang Cintamu’ oleh Siti Sarah Raissuddin sempena genap dua tahun pemergian arwah.

Lebih menarik, nyanyian Aufahanie diiringi persembahan keyboard oleh komposer terkenal, Ajai. Ajai atau nama sebenarnya Mohamad Faizal Maas merupakan pencipta lagu tersebut yang dikeluarkan pada tahun 2003.

Siapa sangka dalam ramai-ramai artis, Ajai memilih Aufahanie untuk diberi peluang menyanyikan semula lagi ‘Saat Hilang Cintamu’. Walaupun hanya berjaya menduduki tempat ke-5 dalam Big Stage 2023, namun bakat gadis berusia 20 tahun ini dilihat lebih menonjol. Malah Aufahanie mampu menyanyi semula lagu ‘Saat Hilang Cintamu’ dengan baik sekali.

YouTube video

Di ruangan komen, ramai peminat memuji kelunakan suara Aufahanie yang begitu merdu dan bersahaja. Malah ada yang berterima kasih kepada Ajai kerana memberi peluang kepada Aufahanie menyanyikan semula lagu ini.

“Tahniah Aufa suara awak memang sedap dan terbaik. Terima kasih abang Ajai kerana beri peluang Aufa cover lagu arwah Siti Sarah.”- tulis peminat.

“Sedapnyaaaa. Merduuu. Terbaik aufaaa. Terase sebak”

“Ya Allah sedap sangat ni. Memang kita play in loop wak sambil cry”-

Sementara itu, di laman instagram peribadi Aufahanie, dia berkongsi potongan video dan menulis bahawa dia turut bersedih ketika menjalani rakaman di studio.

View this post on Instagram

A post shared by Aufahanie (@aufahaniee)

“Sesi studio bersama Abang Ajai yang sangat baik dan saya menitiskan air mata juga”- tulisnya diruangan kapsyen.

Sekadar info, Aufahanie pernah popular dengan single berjudul Geming Jiwa, ciptaan sepenuhnya penyanyi, Amylea Azizan. Malah, lagu itu juga dijadikan runut bunyi untuk drama Dendam Seorang Isteri yang sedang ditayangkan Astro Prima.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Aufahaniesiti sarah
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  2. 2

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  3. 3

    Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

  4. 4

    Lama Tersimpan Dalam Laci, Tapi Bila Dibuka… Keadaan Telefon Ini Buat Ramai Terkejut!

  5. 5

    Gambar Pernikahan Anak Perempuan Ku Nan, Nadira Dengan Anak Menteri Indonesia

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara