Baru-baru ini MURAI berkesempatan menonton Podcast bersama hos dan pelakon popular Azwan Ali atau lebh mesra dipanggil Diva AA. Podcast ini dikendalikan oleh pasangan youtuber popular di saluran Bros Gang TV. Dalam temubual eksklusif itu, pelbagai soalan-soalan ‘panas’ diajukan kepada Diva AA dan lelaki berusia 57 tahun ini menjawab dengan profesional dan bersahaja.
“Jangan Kita ‘Hyped Up’ Kan Isu Ini’
Selain mengenai hal peribadi dan kerjaya, Diva juga ditanya pendapat tentang isu semasa berkaitan Isu lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang sering menjadi perdebatan di Malaysia. Menurut Diva AA, isu LGBT ini begitu sensitif dan tidak sepatutnya digembar-gemburkan.
“Secara peribadi, saya suka LGBT. Kalau kita nak bercakap pasal LGBT senang jer…. Anda harus tahu letak diri anda di mana. Dekat mana dalam isu ini. Sama ada anda suka atau tidak. Sebab itu saya jawab saya suka. Berbeza dengan orang yang cakap tidak suka.
“Sebenarnya terpulang kepada anda semua untuk mengeluarkan pendapat soal LGBT, tapi ia merupakan isu sensitif. Pada pandangan Diva senang sahaja, jangan kita besar-besarkan isu ini berlebihan, boleh letak ketepi. Lagi -lagi jika kita ini merupakan seseorang yang berpengaruh seperti ahli politik dan sebagainya. Malah kalau kita nak bercakap isu ini, haruslah berlapik-lapik agar tidak menyakiti mana-mana pihak.
Tambah Diva AA lagi, suka mahupun tidak, kita harus mempunyai sikap saling hormat menghormati antara satu sama lain.
“Suka atau tidak dengan isu ini, kita jangan pinggirkan siapa-siapa. Memang tu hak mereka nak bersuara. Yang penting kita kena saling hormat-menghormati antara satu sama lain. Ia berkaitan soal aib kita, kalau kita nak bercakap banyak pun ia sangat sensitif. Kalau kita jumpa dengan golongan ini kita hanya perlu senyum, dan itu saja”- jelasnya.
![YouTube video](https://i.ytimg.com/vi/ufAlt1o0AB4/hqdefault.jpg)
Sebelum ini, menerusi BH, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad, berkata kerajaan memandang serius isu berkaitan golongan LGBT. Beliau berkata, homoseksual adalah bertentangan dengan undang-undang negara, bukan saja undang-undang jenayah syariah tetapi juga undang-undang sivil.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.