Wednesday, July 9, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Meskipun Digelar Duda Singkat Kerana Bertemu Jodoh Kali Kedua, Shuib Tetap Luah Rindu Akan Bidadari Syurganya Siti Sarah

by Puteri Alia
August 10, 2023
83
KONGSIAN
Share on Facebook

Jodoh adalah rahsia Allah buat kita sebagai hamba-Nya. Malah, tiada pasangan yang berkahwin inginkan perceraian hidup atau lebih tragis bercerai mati. Namun, semua itu takdir.

Siapa sangka ada orang dipertemukan jodoh beberapa kali dalam hidup mereka.

Genap dua tahun pemergian isteri Allahyarham Siti Sarah, pelawak Shuib meluahkan rasa rindu terhadap wanita itu dan berharap agar mereka dipertemukan di syurga suatu hari nanti.

Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instagram, Shuib atau nama lengkapnya Shahmira Muhammad, 39, berkongsi sebuah potongan video momen-momen indah bersama Sarah sewaktu mereka berada di tanah suci Mekah.

“Bismillah. Hari ini 9 Ogos 2023, genap dua tahun pemergian Siti Sarah binti Raissuddin. Insya-Allah berapa lama pun lagi, rindu dan saya ini akan sentiasa mekar di hati.

“Insya-Allah kita sekeluarga akan berjumpa di syurga nanti. Mohon sedekahkan al-Fatihah buat Siti Sarah Raissuddin,” tulisnya.

Dalam video dikongsikan itu juga, Shuib turut menyertakan lagu dendangan Sarah berjudul Kesetiaan sebagai latar muzik sehingga menimbulkan rasa hiba buat pengikutnya.

Meninjau dalam ruangan komen, ramai peminat turut berkongsi rasa sedih dan mendoakan agar roh Alahyarham Sarah sentiasa dilindungi dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

“Teringat dua tahun lalu. Kami para wanita ini seharian tidak boleh buat kerja. Sepanjang hari menangis sedangkan bukan kenalan rapat pun. Terasa sedih sangat. Al-Fatihah buat Siti Sarah Raissuddin,” ujar seorang netizen.

“Tarikh yang buatkan kami ibu-ibu di Malaysia menangis sepanjang hari. Al-Fatihah Siti Sarah,” kata seorang netizen.

“Sesungguhnya Allah SWT sudah menjanjikan lelaki atau suami yang baik, untuk isteri yang baik di dunia dan akhirat,” kata seorang lagi peminatnya.

Pada 9 Ogos 2021, seluruh negara gempar atas berita pemergian penyanyi Siti Sarah akibat wabak Covid-19.

Ragam Anak Shuib Buat Trend TikTok, Netizen Terhibur!-"Betul-Betul Perangai Ayahnya..."

Lebih menyayat hati, penyanyi itu meninggal dunia selepas melahirkan anak keempatnya, Ayash Affan yang kini berusia dua tahun.

Selain Ayash, Shuib dan Sarah turut dikurniakan tiga lagi cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita, 9 dan Ariq Matin, 6.

Selepas dua tahun bergelar duda, Shuib bertemu jodoh buat kali kedua apabila selamat melangsungkan perkahwinan dengan Watie atau Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah dalam satu majlis pernikahan yang berlangsung Putra Glass House, Putra Heights, pada 23 Jun lalu

shuibsiti sarahwatie hanifiah
https://lomp.at/wx3el
Share33Tweet21SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  4. 4

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem