Sunday, July 6, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Giliran Noh Pula Kecapi Kebahagiaan, Umum Bakal Mendirikan Rumah Tangga Pada 23 September Dengan Peguam

by Puteri Alia
August 10, 2023
76
KONGSIAN
Share on Facebook

Selepas empat bulan menjalin pertunangan, penyanyi Noh Hujan, bakal mendirikan rumah tangga pada 23 September depan dengan pilihan hatinya, Fatin Athira Mustapa.

Pasangan itu akan disatukan di majlis pernikahan yang bakal berlangsung pada sebelah pagi manakala majlis resepsi pula pada sebelah malam hari yang sama.

Noh dan pasangannya memilih sebuah dewan acara yang terletak di Puchong untuk majlis resepsi mereka.

Kad undangan digital penyanyi asal Sarawak itu dengan wanita berusia 30 tahun berkenaan sudah mula diedarkan kepada saudara mara dan kenalan terdekat.

Terdahulu, majlis pertunangan pasangan itu berlangsung di kediaman Fatin pada 7 Mei lalu bertempat di Putra Heights, Subang Jaya.

Pada majlis pertunangan itu, Fatin memilih persalinan rona hitam, manakala Noh atau nama sebenarnya Mohammad Noh Salleh turut mengenakan baju Melayu warna senada.

Fatin Athira merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam, Selangor yang kini berkhidmat sebagai peguam.

Fatin difahamkan turut meminati muzik, sama dengan Noh, selain berkebolehan bermain gitar dan menyanyi.

Untuk rekod, Noh yang juga vokalis kumpulan Hujan itu pernah mendirikan rumahtangga dengan penyanyi, Mizz Nina atau Shazrina Azman, 40, pada 2 Julai 2011, namun bercerai awal Ogos tahun lalu.

Pasangan itu bagaimanapun tidak dikurniakan cahaya mata namun memiliki seorang anak angkat bernama Musa.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
noh hujan
https://lomp.at/d9vrp
Share30Tweet19SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem