Monday, July 7, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Selepas Bercerai Dengan Diana Danielle, Farid Kamil Mencari Kekuatan Dan Ketenangan Dengan Menyertai Tabligh

by Puteri Alia
August 11, 2023
2.1k
KONGSIAN
Share on Facebook

Selepas rumah tangga yang dibina selama 11 tahun bersama isteri, Diana Danielle berakhir semalam, pelakon Farid Kamil mencuri tumpuan apabila berkongsi momen menyertai kumpulan jemaah tabligh.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik Farid dalam Instagram miliknya, pelakon berusia 42 tahun itu dilihat sedang ‘bersuluk’ sambil disaksikan beberapa jemaah lain.

Bersuluk merupakan proses mengasingkan diri untuk bertafakur atau menenangkan fikiran bagi mendekatkan diri dengan Allah SWT.

“Alhamdulillah. Terima kasih semua yang mendoakan. Saya pun doakan kamu semua bahagia di dunia dan akhirat.

“Kita boleh merancang, kitab oleh usaha. Ketetapan tetap pada yang punya kuasa (Allah),” tulisnya.

Dalam video yang dikongsikan itu, kelihatan Farid atau nama lengkapnya Farid Kamil Zahari sedang dipakaikan serban oleh seorang ustaz yang dipercayai sebahagian daripada proses bersuluk.

Ketika kain serban itu dililitkan di kepalanya, kelihatan bapa kepada dua orang cahaya mata itu tersenyum gembira sambil disaksikan beberapa jemaah lain yang dilakukan di sebuah masjid.

Dalam video yang sama, pelakon filem Remp-It itu juga turut berkongsi gambar bersama kumpulan jemaah tabligh dengan wajahnya berseri-seri.

Dalam ruangan komen, ramai pengikutnya mendoakan agar Farid sentiasa istikamah dan tenang berdepan dengan ujian yang menimpanya.

“Semoga dipermudahkan dan istikamah. Amin,” ujar seorang pengikutnya.

“Farid mencari kekuatan dan ketenangan untuk melepaskan. Semoga Farid terus kuat semangat dan mendapat rahmat daripada Allah SWT,” ujar seorang pengguna Instagram.

“Apabila kita ditimpa ujian dan dugaan, kita dekatkan diri dengan agama adalah sebaik-baiknya. Semoga dipermudahkan urusan dan dikurniakan lebih kebahagiaan selepas ini,” kata seorang lagi pengikutnya.

Semalam, rumah tangga yang dibina Farid bersama Diana akhirnya menemui titik noktah apabila mereka sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah, Subang Bestari.

"Tak Perlu Kebenaran Diana Danielle..."- Farid Kamil Akui Ramadan Kali Ini Paling Indah

Farid yang tidak dapat hadir ke mahkamah atas masalah kesihatan melafazkan cerai terhadap Diana secara dalam talian melalui aplikasi Google Meet dan didengar oleh Hakim Syarie, Shukran Yusof.

Pergolakan rumah tangga pasangan itu mula tercetus selepas aktres itu memfailkan cerai pada 10 Mac lalu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

Diana mendakwa tiada persefahaman, berlaku shiqaq (perbalahan yang berpanjangan) selain tidak lagi dapat hidup bersama sebagai suami isteri antara alasannya untuk bercerai dengan Farid.

Pasangan itu berkahwin pada tahun 2012 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad, 10 serta Nur Aurora yang kini berusia lapan tahun.

What’s your Reaction?
+1
6
+1
4
+1
1
+1
0
+1
12
+1
3
diana daniellefarid kamil
https://lomp.at/fnoto
Share850Tweet532SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  4. 4

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  5. 5

    [VIDEO] Gara-Gara Anak Solat Di Ruang Tamu, Rumah Maia Estianty Dikritik Ramai

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem