Quaker, jenama oat nombor 1 dunia dengan bangganya mengumumkan kerjasama dengan selebriti Malaysia, Zahirah Macwilson, sebagai duta jenama yang rasmi di Malaysia.
Warisan Lebih 140 Tahun
Kerjasama ini menandakan satu pencapaian penting bagi Quaker dalam usaha memberikan inspirasi kepada rakyat Malaysia menerusi pembinaan asas-asas untuk kehidupan selain memupuk kesejahteraan fizikal mereka menerusi khasiat oat.
Berbekalkan warisan lebih 140 tahun, Quaker berbangga dengan pelbagai penawaran meluas yang merangkumi 4 rangkaian produk utamanya – Quaker Base Oats, Quaker 3in1 Minuman Bijirin Oat, Quaker Multi-Grain & Quaker Oat Cookies.
7 Kali Lebih Serat
Hal ini menjadikan penerokaan dunia oat suatu pengalaman yang menyeronokkan dan mudah diakses oleh semua, tanpa mengira usia dan keadaan sama ada untuk sarapan, hidangan bijirin penuh, atau snek yang dibawa bersama.
Dengan 7 kali lebih serat berbanding dengan beras putih, Quaker Oats bukan sahaja pilihan alternatif yang baik untuk jantung sihat tetapi juga menjadi makanan tambahan yang sangat sesuai untuk apa-apa jenis diet, sekali gus memastikan pengguna berasa kenyang lebih lama dan bertenaga sepanjang hari.
Zahirah Dipilih Sebagai Duta
Kesungguhan Zahirah Macwilson untuk terus mengamalkan gaya hidup sihat di sebalik jadual yang padat tepat mencerminkan semangat Quaker. Menerusi kerjasama ini, pihak Quaker Oat Malaysia berharap untuk terus memperkasakan rakyat Malaysia menjalani kehidupan yang lebih berkualiti dengan menerima kebaikan Quaker.
Sebagai peminat setia dan pengguna produk Quaker sejak sekian lama, Zahirah sentiasa menggabungkan Quaker dalam pelan makanan hariannya.
Zahirah Berkongsi Hidangan
Quaker mengalu-alukan rakyat Malaysia untuk menyertai Zahirah Macwilson dalam menggabungkan kebaikan oat dalam hidangan harian mereka dan menerokai pelbagai cara untuk menikmatinya.
Dengan Quaker, antara hidangan seperti Nasi Goreng Quaker, Onde-Onde Quaker Oats Cookies, Nutty Fruity Oatmeal, dan banyak lagi menerusi resipi yang tersedia di laman sesawang Quaker atau dengan mengikuti Zahirah di Instagram untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai perjalanan kesejahteraan beliau bersama Quaker.
Rakyat Malaysia boleh menyaksikan aksi Zahirah dalam iklan jenama Quaker Malaysia yang terbaharu di YouTube. Untuk maklumat lanjut mengenai Quaker, sila kunjungi https://quaker.com.my/ dan ikuti Quaker di Facebook dan Instagram bagi promosi, acara dan maklumat terkini.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.