Thursday, July 3, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Seakan Beri Bayangan Soal Hatinya Menerusi Puisi, Mimi Lana Dan Syafiq Kyle Sah Batalkan Pernikahan Yang Berbaki 1 Minggu Lagi

by Puteri Alia
August 11, 2023
234
KONGSIAN
Share on Facebook

Berbaki seminggu sebelum disatukan sebagai suami isteri, pasangan popular, Syafiq Kyle dan Mimi Lana mengejutkan ramai apabila membatalkan majlis pernikahan mereka yang sepatutnya berlangsung pada 18 Ogos ini.

Pembatalan tersebut dimaklumkan wakil syarikat pengurusan aktres berkenaan, Iman Tang menerusi mesej kepada tetamu berkenaan majlis yang dijadualkan diadakan di Puncak Rimba, Bentong, Pahang.

Iman yang meminta maaf atas kesulitan luar jangkaan tersebut bagaimanapun tidak menyatakan perincian pembatalan membabitkan acara pernikahan dan persandingan yang telah dirancang.

“Saya dan pihak pengurusan ingin mengumumkan bahawa majlis pernikahan dan resepsi Mimi Roziana dan Muhammad Syafiq Shamim yang dijadualkan 18 Ogos 2023 di Puncak Rimba, Bentong, Pahang telah dibatalkan atas beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan.

“Mohon maaf atas segala kesulitan,” tulisnya dalam pesanan ringkas tersebut.

Berdasarkan rencana awal, akad nikah pasangan itu difahamkan diadakan pada waktu pagi, disusuli majlis resepsi yang bakal berlangsung di lokasi sama sebelah malamnya.

Pada masa sama, Mimi seakan-akan memberi bayangan isi hatinya apabila memuat naik puisi berbahasa Inggeris tentang penghargaan terhadap wanita dalam Instagram.

Terus mencetuskan tanda tanya, Mimi turut menutup ruangan komen pada hantaran berkenaan.

Terdahulu, hubungan antara dua personaliti popular itu pernah terlerai pada Mei 2020 selepas lima tahun bercinta namun kembali bertaut selepas itu.

Ikatan mereka tampak semakin utuh apabila memuatnaik gambar yang dipercayai majlis merisik di media sosial pada 21 Januari lalu.

Malah sekitar Mac lalu Mimi atau nama sebenarnya, Mimi Rozaiana Zainal Abidin, 27, mendedahkan persiapan hari bahagia mereka sudah 50 peratus disempurnakan.

Apatah lagi bintang filem Pusaka itu baru saja diraikan teman terdekat dalam sebuah majlis ‘bachelorette’ yang penuh kemeriahan

Syafiq Kyle Hari-Hari Berangan Pilih Nama Anak–Mimi Lana Sedia Jadi Ibu Bila-Bila Masa
What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Mimi Lanasyafiq kyle
https://lomp.at/vlcpu
Share94Tweet59SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  4. 4

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

  5. 5

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem