Wednesday, July 9, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Bisnes

Golden Screen Cinemas Menyambut Bulan Merdeka Dengan Kempen #Malaysiaku!

Filem produksi tempatan MALBATT: Misi Bakara, hidangan tradisional yang enak, dan promosi eksklusif pawagam menanti anda pada Ogos dan September ini!

by Aphit J.
August 12, 2023
15
KONGSIAN
Share on Facebook

Golden Screen Cinemas (‘GSC’) meraikan aktiviti masa lapang kegemaran rakyat Malaysia dengan kempen #Malaysiaku sempena bulan Merdeka.

Penonton akan disajikan dengan makanan istimewa, promosi pawagam dan barangan eksklusif serta tayangan filem yang dinanti-nantikan, MALBATT: Misi Bakara.

Kisah Wira Malaysia Yang Belum Pernah Diceritakan

Berdasarkan peristiwa sejarah sebenar Pertempuran Mogadishu di Somalia, MALBATT: Misi Bakara mengisahkan tentang bakti serta pengorbanan wira negara yang tidak didendangkan.

Filem yang menyentuh hati rakyat Malaysia, MALBATT: Misi Bakara adalah filem produksi tempatan pertama yang ditayangkan di layar IMAX di seluruh negara pada 18 Ogos, manakala semua format lain filem itu akan ditayangkan pada 24 Ogos di pawagam-pawagam di seluruh negara.

via GSC

Bagi melengkapkan pengalaman para penonton, GSC turut menyediakan kombo ‘Gemilang’ untuk tempoh terhad di pawagam-pawagam terpilih di seluruh negara!

Sempena bulan Merdeka ini, raikan negara yang kita cintai dengan kotak bertih jagung berinspirasikan Jalur Gemilang, yang didatangkan dengan 1x bertih jagung saiz biasa, 1x minuman So Tinge, 1x air mineral, dan 1x beg tote Spritzer edisi terhad dengan hanya RM16.50!

Nikmati Makanan Kegemaran Rakyat Malaysia Di Happy Food Co Dan JIN Gastrobar

Sebagai jenama tempatan, kedai makanan dan minuman GSC, Happy Food Co. dan JIN Gastrobar menyajikan pelbagai makanan kegemaran rakyat Malaysia untuk tempoh terhad sahaja.

Dari 17 Ogos hingga 30 September, Happy Food Co. akan menampilkan kombo ‘Rasa Sayang’, yang menyajikan kombinasi hidangan enak berinspirasikan mamak dengan Murtabak kegemaran ramai serta sos kari untuk rasa yang lebih menyengat.

Happy Food Co. turut membawa anda mengimbau kenangan lama dengan hidangan susu kocak istimewa yang pasti memuaskan selera rakyat Malaysia dengan Dinosaur Milkshake – minuman ais kisar yang padat dengan malt dan rasa coklat, dilimpahi pula dengan serbuk coklat yang mewah bagi memberikan rasa yang lebih padu.

Hayati Pelbagai Juadah Dan Semangat Raya Dengan Pengalaman Hiburan Yang Tidak Dapat Dilupakan Di GSC
via GSC

Nikmati gabungan rasa tradisional tempatan dengan set menu istimewa yang disediakan dengan kerjasama BOH Tea di JIN Gastrobar, The Gardens Mall KL dan Mid Valley Southkey JB.

Anda akan dapat menikmati Nasi Ulam Sirih Purut yang beraroma atau kambing bersalut herba bercampur teh Rooibos yang dihidangkan dengan kentang russet, lengkap dengan pilihan pencuci mulut, trifle strawberi comel dan minuman yang boleh dipilih dari Teh Tarik kegemaran ramai atau teh BOH Gunung Chantik, sejenis teh hitam berzes dengan rasanya yang manis.

Diinspirasikan daripada haruman bunga kebangsaan kita, Bunga Raya, pelanggan boleh menikmati moktel Hibiscus Citrus Fusion atau memilih koktel Independence Blossom.

Barangan Eksklusif Daripada Keepsake

Tiada cara yang lebih baik untuk membuktikan bahawa anda bangga menjadi rakyat Malaysia dengan memiliki rangkaian barangan eksklusif bertemakan Hari Merdeka.

via GSC

Diinspirasikan oleh elemen ikonik Malaysia, rangkaian ini boleh didapati di kedai Keepsake sama ada di lokasi fizikal atau dalam talian!

Jadilah seorang wira dengan memiliki botol air MALBATT: Misi Bakara, atau tunjukkan rasa cinta anda kepada negara dengan koleksi tumbler comel Hello Kitty yang dihiasi dengan elemen bertemakan Malaysia, daripada Bunga Raya yang cantik hinggalah kepada raja segala buah – Durian, Nasi Lemak yang digemari ramai dan Wau tradisional.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kempen #Malaysiaku, sila ikuti platform media sosial GSC.

GSC
https://lomp.at/qp1q0
Share6Tweet4SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  4. 4

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem