Friday, July 4, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Altimet Disoal Netizen Adakah Dapat Kaya Dengan Menjadi YB? Ini Respon Beliau!

by Naddy Joe
August 15, 2023
via Sinar Harian

via Sinar Harian

98
KONGSIAN
Share on Facebook

Umum mengetahui, penyanyi rap, Altimet telah berjaya memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lembah Jaya dalam Pilihan Raya Negeri (PRN), Sabtu lalu.

Dibanjiri Dengan Aduan Rakyat

Baru beberapa hari sahaja memperoleh kemenangan dalam PRN serta masih belum mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), laman media sosial Altimet atau nama sebenarnya Syed Ahmad Syed Abdul Rahman telah mula dibanjiri dengan aduan rakyat antaranya seperti masalah air di Taman Kosas serta penambahbaikan Bas Rapid KL bagi laluan Lembah Jaya Utara.

Terbaik YB!
Tolong tambahbaik frequency bas RapidKL untuk laluan Lembah Jaya Utara. Amat² diperlukan ?

— Mirun ???? ??? (@amirun_mizan) August 13, 2023

@altimet cipp
Taman kosas tak ada air ni
Kasi adjust cepat sikit cip
Dah menang kan ?

— 艾进尔 (@AidilArmen) August 13, 2023

“Jadi YB Kaya Ke?

Walaubagaimanapun, laman media sosial penyanyi rap ini turut mendapat persoalan oleh salah seorang netizen yang bertanyakan kepadanya adakah dapat menjadi kaya dengan memegang jawatan sebagai YB. Jelas Altimet, menjadi YB tidak kaya seperti yang dimaksudkan, serta membeli saham amanah dan Amanah Pelaburan Hartanah (REIT) jika mahukan risiko yang sedikit rendah.

“Jadi YB tak kaya. Kalau DCA emas & btc selama 10 tahun boleh la bernafas lega sikit. Kalau nak risiko rendah sedikit, beli saham amanah & REIT. Time in the market beats timing the market.”-balas Altimet di Twitter

Sekadar info, Altimet berjaya menawan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan memperoleh 26,298 undian menewaskan Sharifah Haslizah Syed Ariffin daripada Perikatan Nasional (PN) yang memperoleh 19,260 undi.

Menerusi kemenangan tersebut, Altimet menjadi selebriti kedua yang bergelar wakil rakyat selepas pelakon, Dira Abu Zahar.

Apa komen anda?

What’s your Reaction?
+1
0
+1
1
+1
1
+1
0
+1
0
+1
1
altimet
https://lomp.at/q84t4
Share39Tweet25SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  2. 2

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  3. 3

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem