Monday, July 7, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Tiada Masalah Berlakon Dengan Pelakon Muda Dan Cantik, Hisyam Nafi Rumah Tangga Bergolak

by Puteri Alia
August 15, 2023
211
KONGSIAN
Share on Facebook

Pelakon Hisyam Hamid, 38, menafikan dakwaan perkahwinannya bersama Rosmawati Hanafi atau Mel sedang bergolak.

Hisyam berkata, dia masih melalui fasa kehidupan rumah tangga yang bahagia bersama Mel dan anak-anaknya walaupun keluarganya berjauhan dan menetap di Singapura.

“Setakat ini, Alhamdulillah, hubungan kami baik-baik sahaja. Sudah 10 tahun saya di Malaysia dan Mel faham kerjaya saya.

“Saya sudah berlakon dengan ramai pelakon jauh lebih muda dan ia tidak pernah sekalipun terjadi masalah dalaman hubungan saya dan Mel.

“Kalau cakap ada gosip saya dengan perempuan, setakat ini, tak pernah ada. Jadi, hubungan kami tiada masalah dan saya hanya teruskan kehidupan macam biasa. Kalau siapa yang mengikuti saya pun tahu bagaimana saya sibuk.

“Kadang-kadang nak ada masa untuk diri sendiri pun susah, bila ada masa lapang, saya luangkan bersama keluarga dan anak-anak. Lepas ‘shooting’, nak pergi makan dengan pelakon lain pun jarang.

“Saya balik rumah sahaja nak rehat dan luangkan masa dengan keluarga,” katanya.

Tambah pelakon drama Hatimu Sedingin Salju ini, dia juga memilih untuk tidak banyak berkongsi perihal peribadinya dalam laman sosial berikutan lebih selesa menggunakan platform itu atas dasar kerja.

“Anak-anak di fasa remaja, cabarannya lain sikit. Memang siapa ikuti Instagram Story (IGs), kalau tak kerja memang saya bersama anak.

“Jadi, kalau nak kata kurang gambar kami bersama, maknanya mereka tak mengikuti saya atau kurang tengok IGs saya.

“Namun, saya akui tidak aktif dalam media sosial. Saya tak tahu, mungkin disebabkan faktor usia dan penat.

“Saya lebih banyak kemas kini untuk kerja. Kalau soal peribadi lebih baik simpan untuk diri sendiri, anak-anak pun semakin besar. Sosial media adalah platform untuk kerja,” katanya.

Bertanya perancangan membawa anak-anak berpindah ke Malaysia, Hisyam berkata, dua anaknya semakin membesar membuatkan mereka memutuskan untuk kekal menetap di Singapura.

“Kalau yang kenal saya tahulah perancangan asal memang saya mahu bawa keluarga berpindah ke Malaysia. Tetapi, saya rasa lebih baik tinggalkan mereka di sana sebab emak tak nak datang ke sini.

“Sebab kita faham orang tua sukar nak berpindah ke lokasi tak biasa. Jadi, saya putuskan untuk biarkan anak-anak di Singapura.

“Sekarang anak sulung akan menduduki peperiksaan O Level seperti SPM di Malaysia, jadi biarlah fokus dengan pelajaran.

“Bagaimanapun, bila cuti sekolah mereka akan di sini bersama saya. Mel pun selalunya akan berulang alik bila rasa ada keperluan,” katanya.

Hisham mendirikan rumah tangga dengan Mel pada 2006. Mereka dikurniakan dua cahaya mata, Nurish Syameliah, 16, dan Haydeen, 14.

Fasih Berbahasa Melayu Kerana Lakonan "Crush"! Leona Dedah 4 Selebriti "Crush" Sejak Zaman Sekolah
What’s your Reaction?
+1
2
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
Hisyam Hamid
https://lomp.at/csns1
Share84Tweet53SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  4. 4

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  5. 5

    [VIDEO] Gara-Gara Anak Solat Di Ruang Tamu, Rumah Maia Estianty Dikritik Ramai

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem