Friday, July 4, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Isu Kru Filem Lelah & Menganggur Terlalu Lama, Profima Tampil Bersuara!

by Naddy Joe
August 18, 2023
via Harian Metro

via Harian Metro

Share on Facebook
Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (Profima) menerima banyak aduan dan keresahan dikalangan pekerja filem khususnya yang aktif dalam kerja-kerja melibatkan penerbitan tv program. Kebanyakkannya tidak
dapat bertahan lagi sehingga terpaksa melakukan pelbagai kerja sampingan dan ada yang sudah berpindah serta terpaksa menetap di kampung halaman buat sementara waktu.

RTM adalah penyumbang besar kepada ekonomi pekerja dibawah Profima yang sehingga kini semua penerbit masih ternanti-nanti keputusan tender kandungan yang telah melalui sesi saringan pitching proposal pada sekitar Jun hingga Julai lepas. Namun sehingga kini masih tiada berita akan dianugerahkan tender-tender ini kepada penerbit.

Profima melihat peluang kerjaya melalui sumber Utama ini (Program tv RTM) tidak berjalan seperti tahun-tahun sebelumnya, malah tahun 2023 belum ada satu penganugerahan tender rancangan tv dibuat oleh pihak stesen kerajaan ini.

Kelancaran pihak RTM memberikan projek perolehan melalui RTM kepada penerbit adalah sumber penting yang menyumbang sebahagian besar kepada peluang kerjaya kru filem khususnya pekerja belakang tabir.

Profima turut menyokong kenyataan yang telah dibuat oleh wakil Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM) Dato’ Jurey Latiff, tentang keresahan dalam perkara yang sama. Penerbit yang akan terkesan lebih awal dan ianya melibatkan kesemua pekerja yang menunggu peluang kerja melalui penerbit.

Dapat Aduan & Rungutan Dari Kru Filem

via Harian Metro

Menurut Presiden Profima, Khalil Haji Saleh, beliau menyatakan bahawa pihak Profima mendapat aduan dan rungutan dari ramai kru filem yang sudah lama tiada peluang pekerjaan.

“ Sekarang sudah Ogos, stesen TV Kerajaan yang menjadi tempat bergantung masih belum keluarkan tawaran perolehan rancangan tv yang baru, ianya sangat memberi kesan. Profima juga mendapat aduan dan rungutan dari ramai kru filem yang sudah lama tiada peluang kerja”.

Profima memohon pihak pemerintah, khususnya Kementerian Komunikasi Digital melalui RTM memandang serius perkara ini, kerana kesannya adalah kepada hampir 1500 pekerja filem yang tertumpu kepada peluang pekerjaan melalui pelbagai bidang kerjaya khususnya projek dari RTM.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
https://lomp.at/db0mb
Share3Tweet2SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  2. 2

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  3. 3

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem