Thursday, July 3, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Disangka Kini Bekerja Sebagai Peguam, Fatiya Latiff Tampil Nafi Dan Akui Hanya Kerja Kerani Di Firma Guaman

by Puteri Alia
August 16, 2023
61
KONGSIAN
Share on Facebook

Pelakon Fatiya Latiff menegaskan dia hanya bekerja sebagai seorang kerani di sebuah firma guaman dan bukannya sebagai peguam seperti yang didakwa ramai sebelum ini.

Menurut Fatiya, penjelasan tersebut dikongsi bagi meleraikan salah faham yang menular dalam media sosial selepas dia memuat naik foto sedang bekerja baru-baru ini.

“Saya ingin menegaskan bahawa saya bertugas sebagai kerani di sebuah firma guaman dan bukanlah merupakan seorang peguam bertauliah sebagaimana yang digambarkan dan difahami oleh sebahagian pihak.

“Sesungguhnya ini adalah salah faham yang tidak disengajakan di mana saya telah terlepas pandang,” katanya dalam Instagram hari ini.

Sehubungan itu, pelakon drama Ariana Rose itu memohon maaf sekiranya kapsyen fotonya sebelum ini telah mencetuskan kekeliruan dalam kalangan orang ramai.

“Saya memohon maaf kepada semua pihak sekiranya sebarang kenyataan dalam media sosial telah menimbulkan kekeliruan kepada mana-mana pihak,” ujarnya.

Baru-baru ini Fatiya atau nama penuhnya Nur Fathia Abdul Latiff, 35, memuat naik fotonya sedang bekerja di sebuah pejabat guaman.

“Secara rasminya sebagai pembantu perundangan,” tulisnya dalam ruangan kapsyen sekali gus mencetuskan dakwaan dia kini bekerja sebagai pengamal perundangan.

Difahamkan, Fatiya sebelum ini menamatkan pengajiannya dalam bidang Undang-Undang di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam sekitar tahun 2014

What’s your Reaction?
+1
0
+1
2
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
"Sebutan Okey, Hanya Ada Sedikit Sahaja Kekuranga"-Fatiya Dipuji Alun Al-Quran Surah Saba
fatiya latiff
https://lomp.at/c7u6n
Share24Tweet15SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  4. 4

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

  5. 5

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem