Saturday, July 5, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Korea

Lisa Blackpink Selamba Tayang Selulit Dan Tak Malu Milikinya, Ini Menunjukkan Tiada Manusia Sempurna

by Puteri Alia
August 16, 2023
90
KONGSIAN
Share on Facebook

Selulit adalah imej kasar atau kesan bonjolan pada permukaan kulit akibat pengumpulan lebihan lemak. Dalam sesetengah keadaan, selulit bukan hanya sekadar gumpalan lemak degil, tetapi lemak yang menyerap lebihan air dan mengandungi sisa pembuangan bertoksin serta beracun.

Semua bahan berkenaan terkurung dalam sel lemak dan terperangkap dalam penunjang bawah kulit. Ia kemudian timbul dan membentuk bonjolan pada kulit. Lama-kelamaan bonjolan itu semakin mengeras sehingga aliran darah ke daerah itu tersumbat lalu membentuk selulit.

Berbanding lelaki, selulit sering dikaitkan dengan wanita kerana lapisan kulit pada tubuh yang sangat sensitif. Ia juga dikatakan mudah terjadi kerana posisi jaringan kulit wanita yang vertikal.

Jaringan ini amat mudah berkembang ketika sel lemak bertambah lalu membentuk permukaan kasar pada lapisan atas kulit. Hilangnya sifat elastik pada kulit akhirnya akan menyumbang kepada pembentukan selulit di punggung, paha, betis dan lengan.

Menjadi perbualan hangat dalam Twitter apabila tular bahagian paha bintang K-Pop Lisa Blackpink berparut dan selulit.

Itu membuktikan bahawa secantik-cantik kejadian manusia, tiada yang sempurna dan semestinya ada cela hanya menunggu masa untuk dibidik lensa kamera paparazi.

Ramai peminat mula hilang rasa insecure atau tidak selamat dengan untaian foto yang berlegar dalam gelanggang media sosial tersebut.

“Lisa juga punya selulit. Akhirnya rasa insecure saya hilang.

“Lisa yang ramping masih punya selulit, apalagi dugong macam saya.

“Untuk para wanita, selulit itu adalah normal. Wanita yang banyak duit seperti Lisa juga ada selulit, jadi jangan rasa insecure lagi,” demikian tulis netizen.

Rentetan penularan foto tersebut, peminat mempertahankan pelantun lagu Money itu dengan mengatakan dia juga manusia biasa yang tidak sempurna.

[FOTO] Pakaian Met Gala LISA Dikritik, Ada Unsur Menghina Tokoh Kulit Hitam

Baru-baru ini, Lisa atau nama sebenarnya, Pranpriya Manobal mengadakan persembahan di Stadium MetLife, New Jersey, Amerika Syarikat bagi siri jelajah konsert kumpulan Blackpink.

Semasa mengadakan persembahan, kedudukan penyanyi itu ketika mengangat kaki menarik perhatian netizen yang berjaya merakamkan foto parut dan selulit pada bahagian pahanya.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
3
+1
0
+1
0
+1
0
blackpink lisaLisa Blackpink
https://lomp.at/ykxrz
Share36Tweet23SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem