Wednesday, July 2, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Masih Mahu Berahsia, Neelofa Akui Gambar Bayi Yang Dikongsi Melalui Pantulan Cermin Itu Bukan Anak Keduanya

by Puteri Alia
August 17, 2023
626
KONGSIAN
Share on Facebook

Jika anda merupakan golongan ibu bapa, mungkin anda pernah berada dalam situasi yang mana kawan atau keluarga memberi nasihat agar tidak menayangkan gambar anak yang baru dilahirkan di media sosial.

Jika anda pernah mendapat nasihat sebegini, jangan mudah melenting kerana nasihat tersebut mungkin dikaitkan dengan penyakit ain atau lebih mudah dikatakan sebagai penyakit hasad dengki.

Berbahas soal ini, baru-baru ini selebriti dan usahawan popular, Neelofa menafikan foto bayi yang dikongsi di Instagram Story (IGs), malam tadi, adalah putera keduanya, Abdullah Abbas.

Penjelasan itu dibuat Neelofa atau nama sebenar, Noor Neelofa Mohd Noor, 34, selepas ramai menyangka foto bayi yang wajahnya didedahkan melalui pantulan cermin adalah anaknya.

“Ini bukan baby Abbas.. Jangan salah faham guys,” tulisnya dalam hantaran di IGs, hari ini.

Terdahulu, menerusi beberapa entri yang dimuat naik, pengacara Next To Neelofa ini berkongsi foto bayi yang sedang menjalani sesi fotografi serta aksi si kecil meniarap.

Ketika mengumumkan nama anaknya menerusi hantaran di IG, bulan lalu, Neelofa memaparkan wajah Abbas secara sipi-sipi. Ini membuatkan ramai teruja dan memuji wajah comel si kecil itu.

Sementara itu, bekas pengacara Nona itu turut berkongsi pengalaman mengasuh bayi yang disifatkan kuat meragam itu melalui entri yang memaparkan suaminya, PU Riz atau nama sebenarnya, Muhammad Haris Ismail, 27, sedang mendukung Abbas.

“Semalam ummi ‘zombie’ teruk. Setiap jam bangun dan sampai subuh rasa macam nak menangis. Jam 6 pagi serah Abbas kepada pembantu dan sambung tidur sampai jam 7.30 pagi sebelum Bilal masuk kacau mak dia,” tulisnya.

Ketika mengumumkan nama anaknya menerusi hantaran di Instagram bulan lalu, Neelofa yang juga pelakon drama Suri Hati Mr Pilot turut ‘belanja’ wajah Abbas secara sipi-sipi. Ini membuatkan ramai teruja dan memuji wajah comel si kecil.

[VIDEO] Neelofa Kongsi Suasana Majlis Perkahwinan Aisyah Aziz Di Singapore, Curi Perhatian Ramai!

Neelofa mendirikan rumah tangga dengan PU Riz pada 27 Mac 2021. Mereka dikurniakan cahaya mata sulung, Muhammad Bilal yang dilahirkan pada 29 Januari tahun lalu.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
2
+1
1
+1
0
+1
1
+1
2
neelofaPU Riz
https://lomp.at/lln1q
Share250Tweet157SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem