Wednesday, July 2, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Peminat Syak Amelia Henderson Dan Aedy Ashraf Sudah Membuat Persiapan Kahwin, Ini Jawapan Tuan Badan!

by Puteri Alia
August 17, 2023
66
KONGSIAN
Share on Facebook

Pelakon Amelia Henderson menafikan dakwaan sudah membuat persiapan untuk berkahwin dengan Aedy Ashraf hanya kerana terlalu terbuka berkongsi perihal hubungan mereka dalam media sosial.

Mengaku terkejut dengan berita itu, Amelia atau nama sebenar, Amelia Thripura Henderson, 28, menyifatkan gosip bakal berkahwin dengan Aedy sebagai sesuatu yang lucu.

“Cerita hendak kahwin ini sangat menarik dan menghiburkan. Saya rasa kelakar (ketawa).

“Sebelum ini, saya pernah dituduh bercinta dengan seorang aktor dan kemudian hancurkan hatinya hanya kerana hubungan dengan Aedy.

“Saya fikir mereka (netizen) dapat banyak cerita yang saya sendiri tidak tahu. Saya baca komen di TikTok dan terkejut apabila dikatakan hendak berkahwin. Saya sendiri tak tahu bila saya hendak kahwin.

“Bagi saya, netizen suka reka cerita… Saya terhiburlah,” katanya.

Ditanya apa sebenarnya status hubungan dengan Aedy, Amelia yang berdarah campuran India dan Scottish ini bermain tarik tali sambil meminta khalayak menilai sendiri.

“Saya fikir anda semua boleh guna kreativiti masing-masing. Atau kalau jumpa Aedy dalam mana-mana acara, bolehlah serang (tanya) dia. Saya tidak boleh jawab (soal status).

“Situasi ini sangat peribadi buat kami sebenarnya. Kami amat bahagia dan sangat rapat. Kami juga selesa untuk berkongsi apa sahaja.

‘Cuma buat masa ini, tiada sebarang perkara menarik mengenai hubungan kami yang boleh dikongsi kepada anda. Selagi tidak ada benda menarik yang kami hendak umumkan, saya tidak tahu hendak jawab apa.

“Sekarang saya sangat sibuk kerana berlakon dua drama dalam satu masa. Tidak ada masa hendak fikir pasal semua benda (termasuk isu kahwin) kerana mahu selesaikan semua kerja,” katanya.

Terdahulu, video dimuat naik Amelia di TikTok mencuri perhatian ramai apabila kedengaran aktres jelita itu memanggil Aedy dengan gelaran ‘sayang’.

[VIDEO] Aedy Ashraf Kongsi Momen Bercuti Bersama Keluarga Di Turki, Curi Perhatian Netizen!- "Untung Ibu Dapat Anak Yang Baik..."

Menerusi video berdurasi 29 saat itu, pasangan merpati dua sejoli ini turut mengenakan pakaian sedondon warna hitam dan tampak mesra berpegangan tangan sambil Aedy merangkul pinggang Amelia.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
aedy ashrafAmelia Handerson
https://lomp.at/wl0ik
Share26Tweet17SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem