Wednesday, July 9, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti

Ada Simpan Hasrat Untuk Berkahwin Namun Belum Sampai Seru, Eyka Farhana Dan Akhyar Rashid Serah Pada Jodoh

by Puteri Alia
August 17, 2023
175
KONGSIAN
Share on Facebook

Pelakon Eyka Farhana menyerahkan kepada jodoh mengenai hubungannya dengan pemain bola Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Akhyar Rashid.

Jelas Eyka, baik dia dan juga Akhyar menjadikan kerjaya masing-masing sebagai fokus utama sebelum membawa hubungan mereka ke fasa seterusnya.

“Kami seperti orang biasa, masih berkawan seperti sama saja. Apa yang penting adalah kami baik terhadap satu sama lain. Dia fokus dengan kerjayanya sebagai pemain bola dan begitu juga saya.

“Malah, kami juga turut menjadi penguat semangat buat satu sama lain. Semestinya saya mempunyai hasrat untuk berkahwin namun mungkin belum sampai seru lagi. Ini kerana saya percaya kepada perkara itu.

“Buat masa ini, saya hanya ingin melakukan yang terbaik untuk masa hadapan saya. Fokus utama diberikan terhadap kerjaya seni dan selebihnya saya serahkan kepada Allah SWT.

“Seandainya sampai seru saya untuk berkahwin, siapa tahu pada tahun hadapan. Mana tahu juga dua tahun lagi ke kan? Seperti saya katakan tadi, saya selalu percaya bila orang kata, sampai seru tu,” kata Eyka.

Terdahulu, hubungan Eyka dan Akhyar mula dihidu peminat apabila menerima kejutan sambutan hari lahir ke-25, sekitar tiga tahun lalu.

Eyka bagaimanapun sebelum ini enggan mengulas lanjut mengenai hubungan cintanya itu namun memohon doa semua agar dipermudahkan.

Berkongsi komen negatif yang sering diterima di media sosial, Eyka mengakui sudah lali dan memilih untuk tidak melayan komen negatif yang diterimanya.

“Sejujurnya saya sudah terbiasa, saya ada baca tetapi tidak sampai berfikiran negatif atau mahu respons kerana bila kita respons, akan jadi lagi teruk.

“Mungkin apabila orang komen itu betul, saya akan ambil sebagai pengajaran untuk masa hadapan. Manakala, jika ada komen negatif pula, saya memilih untuk abaikan saja,” katanya.

Eyka Farhana Didakwa Nikah 2 Mei, Keluarga Pilih Berdiam Diri Kerana Takut Penyakit Ain
Akhyar Rashideyka farhana
https://lomp.at/4n2s5
Share70Tweet44SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  4. 4

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem