Saturday, July 5, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Terima Hantaran Sebanyak RM222,000, Datin Intan Najuwa Kini Bergelar Isteri Kepada Datuk Ahmad Azraf Azman

by Puteri Alia
August 18, 2023
420
KONGSIAN
Share on Facebook

Dalam suasana romantis berlatar belakangkan panorama samudera, pelakon, Intan Najuwa Abdul Wahid, 26, sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Datuk Ahmad Azraf Azman, 39, di sebuah resort di Desaru Coast hari ini.

Pasangan mempelai dinikahkan Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Datuk Dr Nooh Gadut pada jam 6.45 petang tadi, dengan sekali lafaz.

Pada majlis pernikahan bertemakan empat unsur alam itu, Intan menerima mas kahwin bernilai RM20,000 dan hantaran sebanyak RM222,000.

Pengantin lelaki turut menyerahkan lima dulang hantaran dan dibalas tujuh dulang oleh pengantin perempuan.

Dalam satu kenyataan media yang disiarkan, pasangan itu dinikahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia, Dato Dr Hj Nooh Gadot dengan berwalikan bapa kepada pengantin perempuan iaitu Abdul Wahid.

Bertambah bermakna lagi, Intan memilih tarikh pernikahan sama dengan tarikh ulang tahun kelahirannya, pada hari ini iaitu 18 Ogos.

Turut hadir meraikan pasangan pengantin ialah rakan selebriti termasuk Nora Danish, Datin Elvina Mohamad, Fatin Afeefa dan ramai lagi.

Majlis pernikahan mempelai itu dihadiri kira-kira 150 tetamu merangkumi ahli keluarga, saudara-mara, selebriti dan media.

Diijabkabulkan pada hari kelahirannya, Intan menyerlah dalam persalinan busana rekaan pereka fesyen terkenal, Fizi Woo rona putih yang sedondon dengan suami.

What’s your Reaction?
+1
1
+1
1
+1
0
+1
1
+1
1
+1
1
Takut Naik Kapal Terbang, Intan Najuwa Akui Overthinking Sampai Tak Berani Bawa Anak Bercuti
intan najuwa
https://lomp.at/gi4oc
Share168Tweet105SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem