Meminati penyanyi legend rock tanah air iaitu Awie dari kumpulan Wing, Reyzal Yazmi memilih lagu berkonsepkan rock untuk single pertamanya yang berjudul ‘Mata’.
Dikenali Sebagai ‘Anak Awie’
Reyzal atau nama penuhnya Muhammad Reyzal Bin Mohd Yazmi adalah penyanyi muda yang baru membina namanya di dalam industri ini dan berasal dari Kuala Lumpur.
Reyzal juga lebih mesra dengan gelaran singkatan Rey, mesra dikenali sebagai ‘anak Awie’ dalam laman sosial TikTok kerana wajahnya yang mirip dengan penyanyi rock Malaysia, Awie.
Bukan sahaja mempunyai kebolehan menyanyi Rey juga, berkebolehan dalam bidang ‘Hair Stylish’ dan kini bekerja di salah sebuah Hair Stylish di Sentul, Kuala lumpur.
Ditulis Sendiri

Seperti ‘mimpi’, Reyzal Yazmi tidak menyangka lagu yang di tulis untuk simpanannya sendiri dapat direalisasikan dan menjadi single pertamanya yang bertajuk Mata, dengan adanya pertolongan dari label tempatan RR Entertainment.
Katanya lagu Mata ini ditulis berkisahkan apa yang pernah terjadi dalam hidupnya dulu dan dia juga tidak menyangka lagu tersebut menjadi single pertamanya.
Single pertama Reyzal Yazmi ‘Mata’ di jangkakan bakal menemui pendengar di awal bulan Ogos 2023. Lagu ini di bawah laungan Sony Music Entertainment Malaysia dan RR Entertainment.
Keistimewaan lagu ‘Mata’ di hasilkan oleh syarikat rakaman tempatan RR Entertainment dan gubahan daripada HerdaSyira dan Reyzal Yazmi.
Hampir Tiga Tahun Untuk Menyiapkan Lagu

Manakala penulisnya pula adalah dari Reyzal Yazmi sendiri. Lagu ini mengambil masa setahun untuk menyiapkan liriknya sahaja dan mengambil masa lebih kurang dua tahun enam bulan untuk di siapkan hingga ke peringkat akhir.
Reyzal Yazmi mengharapkan netizen dapat menerima lagu ‘Mata’ dengan baik dan sentiasa berterima kasih kepada RR Entertainment dan Sony Music Entertainment Malaysia di atas kepercayaan untuk menghasilkan lagu pertamanya ‘Mata’.
Lagu ‘MATA’ boleh dimuat turun di iTunes dan dinikmati menerusi semua platform penstriman muzik terpilih seperti Apple Music, Deezer, KKBox, Spotify, YouTube dan YouTube Music.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.