Tuesday, July 1, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Gossip

[VIDEO] Hairul Azreen Perjelas Sebab Mahu Berhenti Berlakon

by Naddy Joe
August 21, 2023
125
KONGSIAN
Share on Facebook

Pelakon, Hairul Azreen membuat pengumuman mengejutkan mengenai dirinya yang mahu berhenti menjadi pelakon. Tambah Hairul, filem Malbatt: Misi Bakara yang bakal ditayangkan pada 24 Ogos ini adalah filemnya yang terakhir sebagai seorang pelakon.

Pendedahan mengejutkan itu didedahkan sendiri oleh Hairul ketika menjadi jemputan ke segmen 3 Pagi Era, pagi ini.

“Saya Hairul Azreen, saya nak mengumumkan yang saya berhenti berlakon.”-kata Hairul Azreen

“Saya Dah Buat Semua Benda.”

Jelas Hairul, dia sudah melakukan pelbagai perkara sepanjang bergelar anak seni sejak tahun 2008 termasuklah sebagai penyanyi serta stuntman.

“Sebab saya dah buat semua benda. Saya dah jadi seorang pelakon, stunt, seorang pelakon filem. Allah makbulkan doa saya jadi action hero film.”-kata Hairul

Fokus Keluarga & Bisnes

Dalam pada itu, Hairul menyatakan bahawa dia mahu memberikan fokus terhadap keluarga serta perniagaan mereka yang menyebabkan dirinya mahu berhenti dari berlakon.

“Ada orang tak sempat tengok ibubapa, ada orang tak sempat tengok anak-anak membesar. Saya, alhamdulillah mak masih ada.

Saya buat kajian dan untuk diri serta keluarga. Bila saya buat filem, saya perlukan 6 bulan buat badan, seminggu 6 kali pagi, petang, dan malam.

Tahu-tahu anak saya dah besar, tahu-tahu diorang dah pergi sekolah. Dan saya tak sempat nak buat benda tu semua.

Saya rasa dah cukup, dah rasa puas dengan apa yang saya buat.-kata Hairul

View this post on Instagram

A post shared by ERA – Muzik Hit Terkini (@era.je)

Sekadar info, Hairul Azreen bergelar sebagai pelagak ngeri sebelum aktif sebagai pelakon. Beliau merupakan juara Fear Factor Malaysia musim pertama bersama Dazrin Kamarudin.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
Hairul Azreen
https://lomp.at/nd7am
Share50Tweet31SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem