Tuesday, July 1, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Akur Serta Sudah Buat Perjanjian Global, Anak-Anak Farid Kamil Kini Milik Jagaan Penuh Diana Danielle

by Puteri Alia
August 21, 2023
175
KONGSIAN
Share on Facebook

Alangkah indahnya jika selepas berlaku perceraian, ibu dan bapa kandung kepada anak tersebut boleh berbincang berkenaan hak jagaan anak, nafkah anak dan perkara yang melibatkan kebajikan dan kepentingan anak tersebut secara bersama.

Namun realitinya tidak semudah itu. Pihak-pihak akan bertengkar dan berebut hak jagaan anak tersebut sehingga menyebabkan tekanan kepada kedua-dua pihak dan keluarga mereka.

Namun mereka sering terlupa bahawa perebutan dan pertengkaran terebut juga pada masa yang sama akan memberikan tekanan dari segi emosi dan fizikal kepada anak tersebut.

Hukum Syarak dan Undang-undang Keluarga Islam di Malaysia telah memperuntukkan berkenaan undang-undang serta garis panduan hak jagaan anak dan dengan jelas menyatakan bahawa kebajikan, kepentingan dan kemahuan anak didahulukan berbanding kepentingan ibu bapa.

 “Harap mereka selamat dan bahagia.”

Berbahas soal itu, demikian merupakan doa yang dititipkan aktor Farid Kamil apabila hak penjagaan penuh dua permata hatinya, Muhammad dan Aurora diperintahkan menjadi milik bekas isterinya, Diana Danielle seperti yang ditetapkan Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, di sini hari ini.

Farid atau nama penuhnya, Farid Kamil Zahari bagaimanapun menerima keputusan mahkamah dengan berlapang dada dan reda menyerahkan anak-anak bawah jagaan bekas isteri sepenuhnya.

“Saya serahkan hak penjagaan penuh kepada Diana melalui perjanjian secara global (menyeluruh).

“Buat masa sekarang ini, hanya doa Fi Amanillah (di bawah lindungan Allah) buat anak-anak dan berharap mereka akan selamat serta bahagia.

“Saya rasa lega dan bersyukur dengan takdir Allah SWT yang menentukan perjalanan hidup saya,” katanya.

Bintang filem Anwar: The Untold Story itu juga memberitahu kali terakhir dia bertemu dua anaknya ialah sebelum Hari Raya Aidiladha lalu.

“Sebelum raya haji saya jumpa anak. Saya sudah maklumkan kepada Muhammad tentang perkara ini dan harap dia faham mengenai situasi ketika ini.

“Apa yang lebih baik kesihatan mental dan kesihatan mereka buat masa ini,” jelasnya yang hadir ditemani adiknya, Fadzil Zahari.

Dia juga mengakui kerinduan terhadap anak-anak semakin menebal selepas hampir dua bulan tidak bertemu.

“Sudah tentu rindu (anak-anak) walaupun jalan kami (bekas isteri) sudah berbeza.

“Saya selalu buat panggilan video dan dapat berhubung dengan Muhammad dan Aurora melalui WhatsApp,” katanya lagi.

Hari ini, Mahkamah Tinggi Syariah menetapkan hak penjagaan penuh dua anak pasangan selebriti ini menjadi milik Diana.

[VIDEO] Gelagat Anak Diana Danielle Menari Curi Perhatian Ramai!-"Muka Sama Betul!"

Bagaimanapun, Farid masih diberikan hak lawatan anak mengikut perjanjian secara global yang sudah dipersetujui kedua-dua belah pihak.

Terdahulu, Farid dan Diana sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada 10 Ogos lalu.

Farid melafazkan cerai talak satu di hadapan Hakim Syarie, Shukran Yusof menerusi aplikasi Google Meet memandangkan dia mengalami masalah kesihatan kesan akibat jangkitan Covid-19.

Pada 10 Mac lalu, Diana memfailkan permohonan cerai mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003, di mahkamah sama.

Alasan diberikan pelakon filem Imaginur itu ialah tiada persefahaman, sudah berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan serta tidak dapat lagi hidup bersama sebagai suami isteri.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
2
diana daniellefarid kamil
https://lomp.at/y0rl2
Share70Tweet44SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem