Sunday, July 6, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Korea

5 Selebriti Korea Selatan Yang Mempunyai Kaitan Dengan Malaysia!

by Amirul Fikry
August 25, 2023
281
KONGSIAN
Share on Facebook

Jika ditanya mengenai selebriti yang berasal dari Korea Selatan pasti rata-rata kalian akan menjawab BTS atau Blackpink, Par Seo Joon dan lain-lain. Tahu tak kalian sebenarnya ada selebriti yangberasal dari Korea Selatan yang mempunyai kaitan dengan negara kita ini Iaitu Malaysia.

Malah jangan terkejut kerana ada segelintir selebriti asal Korea Selatan yang pernah bersekolah dan menetap di Malaysia walaupun tidak memegang status kewarganegaraan Malaysia,

Kali ini, Murai MY ingin memberitahu 5 selebriti Korea Selatan yang mempunyai Kaitan dengan Malaysia.

1. ISAAC VOO IN2IT

Isaac dilahirkan pada 12 Disember 1994 di Kota Kinabalu, Sabah dan merupakan anak bongsu dalam adik-beradiknya. Mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Jenis Kebangsaan Chung Hwa di daerah Likas dan Sekolah Menengah Lok Yuk.

Dia menunjukkan minatnya terhadap arena hiburan di usia 17 tahun semasa menyertai persembahan untuk Hari Guru sekolah. Beliau kemudian mula menyertai pertandingan pencarian bakat yang akhirnya membawanya kepada siri TV realiti Korea Selatan, BOYS24. Program yang bermula pada 2016 dengan 27 peserta itu memerlukan kesemua peserta lelaki menampilkan bakat mereka menerusi siri konsert jelajah.

Selepas berjaya terpilih sebagai pemenang BOYS24, dia mengumumkan pada Ogos 2017 bahawa dia telah berjaya mendapat tempat sebagai salah seorang peserta kumpulan Re-Born, menjadi salah seorang ahli kumpulan IN2IT yang menjadikannya sebagai artis K-Pop pertama Malaysia.

Pada tahun 2022, Isaac Voo kembali ke Malaysia untuk meneruskan kerjaya muzik secara solo sementara ahli kumpulan In2It yang lain sedang menjalani latihan ketenteraan yang diwajibkan di Korea Selatan, seterusnya diumumkan sebagai artis residen Prodigee Asia Talent.

2. TAN JUNG SANG

Tan Jung Sang Yang dilahirkan pada 13 Ogos 2023, merupakan pelakon baharu yang cukup dikenali di Korea Selatan, Dia pernah membintangi beberapa drama popular seluruh dunia iaitu Move To Heaven, Crash Landing On You, Rackets Boys dan banyak lagi.

Bapanya merupakan warganegara Malaysia dan ibunya merupakan warganegara Korea Selatan.

3. SEO KANG JOON

Seo Kang Joon merupakan seorang pelakon di Korea Selatan yang membintangi drama yang bertajuk Grid, Are You Human? dan lain-lain. Seo Kang Joon pernah tinggal di Malaysia dan belajar di Sekolah Antarabangsa Ipoh selama setahun tujuh bulan ketika berumur 14 tahun.

4. CHAE SONG AH

Chae Song Ah merupakan pelakon di dalam drama yang terkenal di Korea Selatan iaitu My Strange Hero. Kini dia dan suaminya menetap di Johor dan membuka restoran BBQ Korea bersama-sama. Chae Song Ah juga kelihatan sering menggunakan bahasa Malaysia ketika membuat kapsyen di laman media sosial intsagram miliknya.

5. HAN JI SUNG (STRAY KIDS)

Han Ji Sung merupakan penyanyi kpop yang terkenal, dia merupakan salah seorang ahli kumpulan lelaki Straykids yang kini menjadi kegilaan ramai. Han Ji Sung pernah menetap di Malaysia selama 6 tahun ketika dia berusia 8 tahun. Pernah mendapat pendidikan di Sekolah Antarabangsa Fairview di Ampang, Selangor.

Jadi apa kata anda mengenai mereka? tidak jangka bukan sebenarnya ramai juga selebriti yang berjaya di Korea Selatan yang mempunyai kaitan dengan Malaysia. Jangan lupa follow murai di semua platform media sosial yang ada untuk mengetahui berita terkini dan sensasi.

What’s your Reaction?
+1
3
+1
3
+1
1
+1
3
+1
1
+1
1
Chae Song AhHan Ji SUng StraykidsIsaac Voo IN2ITSeo Kang JoonTan Jung Sang
https://lomp.at/vnfqp
Share112Tweet70SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem