Friday, July 4, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Isteri Didakwa Jadi Mangsa Penggosip Dan Kecaman Rakan Selebriti, Ungku Ismail Titip Doa Buat Nad Zainal

by Puteri Alia
August 25, 2023
198
KONGSIAN
Share on Facebook

Ketika nama isterinya, Nad Zainal menjadi bahan kepanasan dunia hiburan sejak semalam, suaminya yang juga aktor Ungku Ismail mencuri perhatian ramai apabila memuat naik sekeping foto memaparkan doa buat individu yang menjadi mangsa gosip.

Perkongsian Ungku atau nama lengkapnya Ungku Ismail Ungku Abdul Aziz, 38, itu seolah-olah sebagai tanda sokongan kepada isterinya yang kini terjebak kontroversi sehingga dikecam beberapa selebriti seperti Nabila Huda dan Sharifah Sakinah.

“Catatan kecil untukmu yang menjadi korban para penggosip. Orang yang di belakangmu suka membicarakan aib dan kekuranganmu.

“Mencari-cari kesalahan atau kadang memfitnahmu, mungkin dia akan membahayakan duniamu. Tapi yang jelas sangat bermanfaat buat akhiratmu kerana menghantar pahalanya.

“Maka, biarkan sahaja dia meneruskannya. Lumayan kan dapat menghantar pahala percuma tanpa harus beribadah,” kongsinya dalam hantaran Instagram.

Sebelum ini, kontroversi tercetus apabila aktres yang pernah menjadi rakan karibnya, Nabila Huda dengan selamba menyatakan tidak mengenali individu bernama Nad Zainal.

Nabila atau lebih mesra disapa Abil lebih dulu menuai perhatian apabila meninggalkan komen menyatakan tidak mengenali Nad dalam sebuah hantaran Instagram memaparkan temu bual isteri Ungku Ismail bersama media.

Dalam temu bual tersebut, ibu kepada dua cahaya mata itu enggan mengambil kisah atau mengusutkan pemikiran dengan isu remeh seperti pergaduhan dalam persahabatan.

Terdahulu, sahabat baik Nad, Sherry Alhadad pernah meluahkan rasa sebal dengan sikap aktres itu yang seolah-olah sudah memutuskan perhubungan antara mereka.

Selain Abil dan Sherry, Sharufah Sakinah turut mengambil pendekatan ‘move on’ dan berharap dipertemukan dengan pelakon drama Cina Buta itu di alam yang lain.

Spekulasi bermasam muka antara mereka mula bertebaran selepas Nad pulih daripada koma akibat pendarahan dalam paru-paru. Pelakon itu kemudian mendirikan perkahwinan kali kedua dengan Ungku pada Januari lalu.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
2
+1
1
+1
0
nad zainalUngku Ismail
https://lomp.at/u1fd6
Share79Tweet50SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  2. 2

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  3. 3

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem