Thursday, July 3, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Musik

Kehilangan 4 Orang Ahli Keluarga Berturut-turut, Sebrian Shah Hadir Dengan ‘MAAFKAN’

Pendatang Baharu Industri Muzik Naungan Armani Entertainment Group Pertaruh Single Pertama Yang Menyentuh Jiwa

by Aphit J.
August 26, 2023
34
KONGSIAN
Share on Facebook

Buat pendatang baharu industri muzik tanah air, Sebrian Shah, kehilangan orang tersayang pastinya meninggalkan kesan yang mendalam, apa lagi 4 kesemuanya.

Ciptaan Komposer Muda

Lagu MAAFKAN hasil ciptaan barisan komposer muda, Amzar Razqa, Ijlal Afiq dan Emeer Bakri menjadi taruhan pertamanya dalam menembusi pasaran muzik tempatan.

Manakala lagu ini diterbitkan oleh Armani Entertainment Group (AEG).

Walaupun baharu sahaja hadir dengan single pertama, Sebrian sudah pun dalam proses menyempurnakan rakaman single kedua dan ketiga yang memerlukan penguasaan vokal yang total.

Dilahirkan di Johor Bahru, Sebrian sememangnya meminati bidang nyanyian sejak kecil lagi.

Kehilangan Orang Tersayang

via Armani Entertainment Group (AEG)

Single MAAFKAN dalam nuansa pop balada ini menceritakan tentang kehilangn orang tersayang di mana masa yang diberikan sangat mencemburui kehidupan yang singkat ini.

Hanya kemaafan yang dipinta dan penyesalan kerana tidak dapat bersama lebih lama, jelas Sebrian tentang bait liriknya,.

Saya telah kehilangan 4 orang ahli keluarga yang amat saya sayangi dalam 4 tahun berturut-turut, sesi rakaman bermula sejurus pemergian atuk tersayang dan rakaman terakhir pula diadakan beberapa hari setelah kehilangan ibu saudara.

Baginya, lagu ini dekat dengan jiwanya di mana dalam menjalani kehidupan sebagai seorang siswa dan juga penyanyi, masa semakin tidak mencukupi kerana cuti semester dihabiskan dengan aktiviti nyanyian.

Video muzik (MV) single MAAFKAN merupakan hasil idea Sebrian sendiri dengan sentuhan peribadinya.

Mempunyai Sifat Keterbukaan

via Armani Entertainment Group (AEG)

Sebagai pendatang baharu, Sebrian berpendapat seorang penyanyi harus memiliki sifat keterbukaan untuk mencuba dan menerima apa sahaja jenis genre yang ada di luar sana.

Lagu MAAFKAN boleh dimuat turun di iTunes Store dan dijadikan sebagai nada dering panggilan menerusi ke semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengar dan nikmati pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian utama seperti Apple Music, Spotify, iTunes Store, YouTube Music, KKBox dan Deezer.

Manakala video single ini pula boleh ditonton secara eksklusif di YouTube Armani Entertainment.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Sebrian Shah
https://lomp.at/4nz4a
Share14Tweet9SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  4. 4

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

  5. 5

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem