HALIDA RAMLEE merupakan seorang penyanyi yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang nyanyian.
Bernyanyi Seawal 5 Tahun
Halida mula menyanyi di pentas seawal umur 5 tahun dan pada umur 15 tahun Halida sudah aktif menyanyi dikelab, lounge, majlis korporat sehinggalah sekarang.
Anak kelahiran Kuala Lumpur ini berasal dari keluarga pemuzik.
Adik beradik serta arwah bapa Halida merupakan pemuzik professional yang mana mereka sangat aktif membuat persembahan sekitar Lembah Klang dan juga seluruh Malaysia.
Memilih Ziana Zain

Jika ditanya mengenai orang yang banyak mempengaruhi kerjayanya, Halida menamakan Anita Baker dan Ziana Zain sebagai pengaruh terkuat dalam perjalanan kariernya sebagai seorang penyanyi.
Halida pernah meluaskan bakat beliau ke peringkat lebih komersil melalui sebuah program TV Astro iaitu ‘All Together Now’ musim kedua.
Walaupun boleh menyanyi dalam pelbagai genre, namun Halida mempertaruhkan ‘NYAWA‘ sebagai single pertamanya.
Single yang berkonsepkan ‘Pop Ballad’ ini sesuai dengan citarasa penggemar muzik tanahair.
Melodi Yang Unik
‘Nyawa’ hasil karya komposer Mim Hamzah/Sternistic Mike dan liriknya ditulis oleh Mim Hamzah/Ikhwani, mempunyai melodi yang sangat unik serta lirik yang membawa maksud mendalam.
Dengan gabungan vocal Halida yang dikatakan ‘Power House Singer’ serta kawalan dinamik yang baik, ‘Nyawa’ sebuah lagu yang mempunyai “Hook Line” dijangka akan menarik minat pendengar.
Ditambah pula dengan susunan muzik bercitarasa pop moden yang tidak terlalu berat diharapkan dapat diterima oleh peminat muzik tempatan.
Sebagai salah seorang dari artis baru di bawah label MAP MUSIC dan pengurusan SHORELINE RESOURCES, Halida Ramlee sangat teruja dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam pembikinan single “Nyawa” khususnya pihak produksi.
“Nyawa” akan dapat didengari melalui Digital Streaming Platforms (Youtube,SpotifyJoox,Dll) bermula pada 25 Ogos 2023.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini.