Wednesday, July 2, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Jalin Semula Hubungan Dengan Bekas Tunang, Zarina Anjoulie Akui Hanya Keluar Dengan Lelaki Poket Tebal

by Puteri Alia
August 30, 2023
102
KONGSIAN
Share on Facebook

Pelakon Zarina Anjoulie Lavocah seakan membayangkan mahu menjalinkan semula hubungan dengan bekas tunangnya, Datuk Seri Khazrul Elzey.

Zarina atau lebih mesra disapa Anju menerusi hantaran video di Instagramnya berkata, sekiranya ada jodoh dengan Khazrul, dia terbuka menerimanya dengan hati terbuka.

“Kalau ada jodoh, ada dan kalau tiada, tiadalah. Jika dia ‘Mr Right’ dan juga orangnya, saya tak tahu. Jodoh di tangan Allah.

“Mungkin kali ini juga kami akan ‘stop’ semula. Mungkin kali ini juga kami okey. Itu saya tak tahu. Tapi saya sangat hargai keprihatinan anda terhadap saya.

“Kalau cakap fasal poket tebal (kaya). Ya memang saya nak keluar dengan lelaki poket tebal. Saya tak nak keluar dengan lelaki miskin,” katanya.

Menurutnya, dia sudah puas hidup dengan lelaki yang bergelar ‘biawak hidup’ dan menanggung kehidupan lelaki terbabit.

“Kalau kamu nak keluar dengan lelaki tidak berduit itu masalah kamu. Saya respek dengan pilihan kamu. Kamu nak bersusah dengan jantan (lelaki) yang akhirnya tak hargai pun.

“Tapi respek juga pilihan saya yang nak keluar dengan lelaki berduit. Saya dah puas dengan lelaki yang konon susah senang sama-sama.

“Tengoklah perangai lelaki bila dia ada duit dan berapa ramai yang bila senang dia tak cari perempuan seksi lain dan nak juga dengan kamu,” katanya.

Zarina berkata, dia bukan hipokrit menyukai lelaki kaya dan tidak mahu hidup susah seperti dulu.

“Terima kasih kepada anda yang ambil berat terhadap saya. Ada di antara anda sangat ikhlas terhadap saya. Saya sangat terharu.

“Tapi saya tak tahu apa kesudahan kami. Mungkin kami baik sebagai kawan sahaja. Kita tunggu dan lihat nanti,” katanya.

Terdahulu pasangan ini pernah bertunang dan berkongsi di media sosial pada 22 Januari lalu.

[VIDEO] Zarina Anjoulie Ditegur Netizen Isu Buat Hidung Di Vietnam!-"Jangan Ubah Ciptaan Allah.."

Bagaimanapun ia tidak bertahan lama apabila Zarina mengumumkan putus tunang selepas dua minggu mengikat tali pertunangan.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
zarina anjoulie
https://lomp.at/hh8mt
Share41Tweet26SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem