Tuesday, July 1, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Pernah Alami Gangguan Mistik Sehari Sebelum Konsert Akhir GV-3, Azharina Alami Muntah Gumpalan Rambut

by Puteri Alia
August 30, 2023
35
KONGSIAN
Share on Facebook

Penyanyi Azharina Azhar, 38, mendedahkan dia pernah mengalami pengalaman mistik sehari sebelum konsert akhir Gegar Vaganza (GV) musim ketiga.

Menurut juara GV3 ini, pada malam selepas berakhirnya sesi raptai penuh program realiti popular itu, dia mengalami muntah darah.

“Saya tidak pernah menceritakan mengenai pengalaman mistik ini pada mana-mana pihak termasuk media sebelum ini. Pada malam itu juga, saya muntah darah dan keluar segumpal rambut.

“Kejadian itu berlaku di hadapan pekerja saya dan doktor. Doktor pun tidak tahu apa punca sebenarnya.

“Saya ingatkan Ju-On hanya ada dalam filem, rupa-rupanya ia ada di dunia nyata juga,” katanya..

Mengulas pengalaman mistik itu lagi, kata penyanyi yang popular dengan lagu Elegi Sepi ini, bagi orang yang suka bermain dengan amalan mistik, mereka adalah golongan yang tidak percaya dengan kebolehan diri sendiri.

“Saya percaya dalam dunia ini bukan ada manusia sahaja, ada banyak lagi makhluk halus yang lain. Siapa yang berbuat sedemikian (amalan mistik) pada saya mereka tidak mempercayai diri dan bakat sendiri,” katanya.

Sementara itu, ditanya pembabitannya dalam All Star Gegar Vaganza yang menyaksikan 10 bekas juara GV berentap pula, kata Azharina, dia menerima tawaran untuk buat program realiti itu untuk kembali mewarnai pentas GV dan mencari lebih banyak pengalaman.

“Untuk menjadi seorang penyanyi dan penghibur, anda perlu ada ilmu dan platform untuk menonjolkan bakat sedia ada.

“Alhamdulillah, saya bersyukur kerana sekali lagi diberikan peluang untuk menonjolkan bakat dan menimba pengalaman di pentas All Stars Gegar Vaganza pula,” katanya.

Selain Azharina, pentas All Stars Gegar Vaganza turut disertai oleh bekas juara GV yang lain seperti Ayai Ilusi, Siti Nordiana, Datuk Aishah, Noryn Aziz, Naqiu, Hardy Mirza, Cliff Umar, Aliff Aziz dan Jaclyn Victor.

Lima lagi peserta ‘hot seat’ akan dipilih oleh peminat menerusi undian bermula semalam.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
1
azharina azhar
https://lomp.at/may2w
Share14Tweet9SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem