Thursday, July 3, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Sudah Lama Berkawan, Eyka Farhana Dan Akhyar Rashid Akui Masih Belum Ada Perancangan Kahwin

by Puteri Alia
September 1, 2023
98
KONGSIAN
Share on Facebook

Mengakui sudah lima tahun menjalin hubungan istimewa dengan pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid, pelakon Eyka Farhana menyerahkan urusan jodoh mereka kepada ketentuan Tuhan.

Pemilik nama sebenar, Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi itu berkata buat masa sekarang hubungan mereka berjalan seperti biasa dan belum ada perbincangan untuk ke fasa yang lebih serius.

“Ya, dia seorang teman istimewa. Cuma itulah, buat masa ini banyak lagi perkara saya ingin capai dalam hidup.

“Namun, kalau memang sudah sampai jodoh dengan seseorang itu, tolak macam mana pun, tetap berkahwin juga.

“Cuma buat masa sekarang, tidak adalah berbincang mahu ke fasa yang lebih serius. Mungkin belum tiba masa yang sesuai,” katanya.

Ditemui selepas majlis kesyukuran filem Anak Perjanjian Syaitan 2, baru-baru ini, pelakon berusia 28 tahun itu mengakui, sedang dalam misi mencapai impian kehidupan dan kerjaya masing-masing.

“Sekarang, apa yang saya rasa mahu atau perlu untuk kongsi, saya kongsi. Hubungan kami pun seperti biasa sahaja.

“Kami sudah berkawan hampir lima tahun. Ramai juga tanya kenapa saya mahu sorok-sorok (hubungan dengan Akhyar), tetapi apabila saya terbuka sedikit, ada pula yang mengata.

“Jadi saya menjalani kehidupan seperti biasa sahajalah. Alhamdulillah, dia pun sangat memberi sokongan karier saya dalam industri seni,” ujarnya yang terlibat dalam filem arahan Ahmad Idham itu

Sebelum ini, Eyka dilihat menutup status perhubungan dengan kekasih hati kepada umum, namun mula terbuka berkongsi kisah cinta bersama pemain bola sepak berusia 24 tahun itu sejak 2020.

Dalam perkembangan, Eyka yang kini baru selesai menjalani penggambaran filem Anak Perjanjian Syaitan 2 arahan Ahmad Idham. Selain Eyka, naskhah berkenaan turut dibintangi Alif Satar, Fasha Sandha dan Azizah Mahzan.

Eyka Farhana Didakwa Nikah 2 Mei, Keluarga Pilih Berdiam Diri Kerana Takut Penyakit Ain
What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
Akhyar Rashid
https://lomp.at/apyjm
Share39Tweet25SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  4. 4

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

  5. 5

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem